Ulasan iQOO 15 – Gabungan Kuasa Dan Pengalaman Gaming Yang Mantap

TechnologyGaming
9 Dec 2025 • 4:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

iQOO kembali dengan peranti mercu terbaru mereka iaitu iQOO 15. Tidak seperti peranti mercu lain yang banyak memfokuskan kemampuan dan prestasi kamera dengan pelbagai kolaborasi syarikat fotografi. iQOO 15 masih menggunakan identiti yang sama iaitu prestasi dalaman yang amat menakjubkan untuk memberikan pengalaman gaming yang baik. Teruskan membaca artikel ini untuk ulasan yang lebih lanjut.

image is not available
iQOO 15
Skrin6.85″ LTPO LEAD AMOLED, 144Hz
2K, 1440 x 3168 piksel, Dolby Vision, HDR10+, 6000nits
PemprosesSnapdragon 8 Elite Gen 5
Cip2 x 4.6 GHz Oryon V3 Phoenix L
6 x 3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Cip GrafikAdreno 840
RAM16GB LPDDR5X Ultra Pro
Muatan Dalaman512GB UFS 4.1
Kamera Utama50MP f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.0 (Ultra Lebar)
50MP f/2.8, OIS (Telefoto 3.5x)
8K@30fps
Kamera Swafoto32MP f/2.4
4K 60FPS
Bateri7000 mAh SiC
Pengecasan berwayar FlashCharge 100W
Pengecasan nirwayar FlashCharge 40W
SIM/TelefoniNano/eSIM
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68/IP69
Sistem ImbasanPengimbas cap jari bawah skrin
Imbasan wajah
Harga JualanRM 3699 (12/256 GB)
RM 3899 (16/512 GB)
RM 4299 (16/1000 GB)

Rekaan

Rekaan iQOO 15 mengalami perubahan yang tidak ketara namun boleh dilihat dengan jelas perbezaannya kerana menggunakan tubuh yang berkotak dan rata. Sama seperti beberapa peranti mercu lain yang menggunakan tubuh berkotak pada tahun ini. Untuk saya, bentuk tubuh berkotak ini lebih sedap digenggam selain membuatkan peranti kelihatan lebih moden. Tubuh sebegini juga lebih selesa ketika dalam sesi gaming. 

image is not available

Selain tubuh yang rata, rekaan panel belakang iQOO 15 ini juga menarik perhatian saya. Ini adalah warna terbaru untuk iQOO ini yang dinamakan ZEN. Panel belakang ini, terdapat elemen warna merah seperti lava gunung berapi yang cantik apabila bermain dengan cahaya. Kaca panel belakang dan bingkai aluminium juga sudah menggunakan kemasan matte yang tidak mudah melekat cap jari.

image is not available
image is not available

iQOO 15 ini juga masih mempunyai lampu RGB iaitu Dynamic Light dengan nama samaran Monster Halo. Ini adalah salah satu elemen yang membuatkan peranti ini kelihatan seperti peranti gaming selain rekaan yang terbarunya. Kedudukannya sudah berubah di bawah bonggol kamera berbanding pada iQOO 13 yang terletak pada bahagian hadapan bonggol kamera. Untuk ketahanan, iQOO 15 mempunyai penarafan IP68/69 sama seperti beberapa peranti mercu yang lain

Skrin

Skrin adalah salah satu kekuatan terbesar yang ada pada iQOO 15 ini. Ia dilengkapi dengan skrin terbaru dengan kerjasama Samsung iaitu LEAD AMOLED yang bersaiz 6.85” dengan resolusi 2K. Selain itu, ia mempunyai kadar segar semula 144Hz, Dolby Vision, HDR10+ dan kecerahan maksimum sehingga 6000nits.

image is not available

Skrin yang dibekalkan ini memang sangat-sangat baik dengan penghasilan warna yang cukup cantik. Bezel keliling skrin ini juga amat nipis, sekata dan disebabkan kini ia menggunakan rekaan yang rata jadi tiada kandungan yang melimpah pada bahagian sisi. Tidak kiralah, anda mahu menonton apa-apa jenis kandungan ataupun dalam sesi permainan skrin ini mampu memberikan paparan terbaik untuk anda. 

image is not available

Sepanjang tempoh penggunaan memang tiada sebarang isu yang besar atau masalah dari skrin ini. Hanya satu masalah kecil yang saya hadapi, iaitu saiz skrin yang besar ini amat susah untuk menggunakan satu tangan namun saya boleh faham kerana ini adalah peranti gaming jadi memang logik dengan saiz skrin yang diberikan. 

image is not available

Imbasan cap jari juga pantas kerana menggunakan sensor ultrasonik, saya bersyukur yang kebanyakan peranti mercu kini menggunakan sensor ini. Selain itu, iQOO 15 ini juga dilengkapi dengan sistem imbasan wajah namun jarang sekali saya dapat gunakannya kerana cap jari lebih pantas mengesan dari wajah. 

Perisian

iQOO 15 mengikut jejak langkah siri vivo X300 dengan menjalankan sistem operasi Origin OS 6 berdasarkan Android 16 sebaik sahaja keluar dari kotak. Dengan menggunakan Origin OS, iQOO 15 kini terasa lebih lengkap dan segar berbanding dengan Funtouch OS.

image is not available

Pengalaman menggunakan iQOO 15 dengan Origin OS 6 ini, saya boleh katakan sama seperti ketika menggunakan vivo X300 Pro sebelum ini. Rekaan antara muka Dynamic Glow kelihatan kemas, terdapat beberapa animasi dan efek yang membuatkan pengalaman membuka tutup aplikasi terasa pantas. Ciri Dynamic Island juga interaktif dan boleh membuat pelbagai tugas seperti Drag and Go.

image is not available

Hanya satu sahaja masalah kecil pada Origin OS 6 ini iaitu aplikasi gendut yang tersedia dalam peranti. Namun saya perasan yang jumlah aplikasi tidak sebanyak semasa menggunakan Funtouch OS dahulu.

image is not available

Pada pendapat saya, selepas menggunakan Origin OS 6 ini pada vivo X300 Pro dan kini pada iQOO 15 pula, saya rasakan yang Origin OS ini masih belum bersaing dengan ColorOS dari OPPO kerana pengalaman penggunaan pada ColorOS lebih terasa menyeronokkan tapi saya nampak usaha vivo untuk menambah baik Origin OS ini dengan memberikan sejumlah kemas kini yang banyak kebelakangan ini. 

iQOO 15 akan menerima sokongan 5 kemas kini versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti. Bukanlah sokongan yang panjang seperti ditawarkan Google, Samsung dan Honor tetapi ini masih amat baik untuk kebanyakan pengguna.

Prestasi

Kekuatan utama iQOO 15 ini terletak pada prestasinya. Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang terbaru dan paling berkuasa. Tidak cukup dengan itu, iQOO turut menambah cip grafik tersendiri iaitu Supercomputing Chip Q3. Selain itu, ia turut datang dengan 16GB LPDDR5X Ultra Pro dan penggunaan storan UFS 4.1. Spesifikasi yang ditawarkan ini sememangnya agak baik untuk penggunaan seharian mahupun gaming. 

image is not available

Spesifikasi yang adalah amat mercu tahun ini. Oleh itu ia amat serasi dibandingkan dengan peranti serta cip di bawah ini.  

  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 – Honor Magic8 Pro
  • Dimensity 9500 – Vivo X300 Pro
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 – OnePlus 15
  • Tensor G5 – Google Pixel 10 Pro XL
  • Dimensity 9500 – Oppo Find X9 Pro
  • Apple A19 Pro – Apple iPhone 17 Pro
  • Snapdragon 8 Elite for Galaxy – Samsung Galaxy S25 Ultra
  • MediaTek Dimensity 9400 – Oppo Find X8 Pro

AnTuTu 3D

CipSkor
iQOO 153,726,305
Honor Magic8 Pro3,424,247
Vivo X300 Pro3,507,869
OnePlus 153,720,096
Google Pixel 10 Pro1,214,735
Oppo Find X9 Pro3,472,342
Apple iPhone 17 Pro2,634,345
Samsung Galaxy S25 Ultra1,946,864
Oppo Find X8 Pro2,629,017
image is not available

Geekbench 6

CipSatu TerasMulti Teras
iQOO 1534809789
Honor Magic8 Pro35879853
Vivo X300 Pro350710469
OnePlus 15355310484
Google Pixel 10 Pro23036134
Oppo Find X9 Pro31589298
Apple iPhone 17 Pro35608835
Samsung Galaxy S25 Ultra29579435
Oppo Find X8 Pro26638959
image is not available

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
iQOO 156788
Honor Magic8 Pro7659
Vivo X300 Pro7075
OnePlus 156741
Google Pixel 10 Pro3266
Oppo Find X9 Pro6127
Apple iPhone 17 Pro5873
Samsung Galaxy S25 Ultra6135
Oppo Find X8 Pro6251
image is not available

Snapdragon 8 Gen 5 pada Magic8 Pro adalah kompetitif dengan yang digunakan pada OnePlus 15 dan juga Dimensity 9500 pada Vivo X300. Peranti boleh menjalankan aplikasi lazim tanpa isu dan permua seperti Genshin Impact, dan COD Mobile pada tetapan tinggi tanpa sebarang isu. Tiada isu pemanasan serius sepanjang tempoh ulasan. Hanya sekadar suam selepas 30 minit.

Jika skor penanda aras sudah menunjukkan nilai yang sangat tinggi ia sudah menandakan yang penggunaan seharian pada peranti ini juga terasa sangat pantas. Walaupun cip ini lebih berkuasa atas kertas, dalam penggunaan secara nyata terasa seperti tiada beza yang ketara dengan Dimensity 9500. iQOO 15 ini juga tidak terlampau memanas apabila dalam sesi permainan yang lama kerana menggunakan sistem penyejukan

image is not available

Yang memberikan sedikit perbezaan iQOO 15 ini dengan peranti mercu lain adalah pengalaman bermain permua pada peranti ini. Penggunaan cip Supercomputing Q3 ini memberikan pengalaman baharu semasa sesi permainan. Sebagai contoh, anda boleh bermain dalam resolusi 2K yang membuatkan ia kelihatan permainan lebih tajam dan menambah kadar bingkai menjadi 144FPS walaupun secara dasarnya permainan seperti PUBG Mobile hanya boleh mencapai sehingga 72FPS sahaja. Namun ciri ini boleh diaktifkan untuk beberapa permainan sahaja seperti PUBG Mobile, MLBB dan Genshin Impact. 

image is not available

Selain itu, iQOO juga memperkenalkan ciri Ray Tracing yang sebelum ini terkenal untuk PC Gaming untuk telefon pintar. Ciri ini masih lagi belum digunakan secara meluas pada iQOO 15 kerana ia masih terhad untuk Genshin Impact sahaja. Hasilnya tidaklah seperti gaming PC kerana kelihatan seperti kontras dalam permainan sahaja yang ditambah. Boleh dikatakan yang ciri Ray Tracing ini agak menarik namun masih belum matang. Tambahan pula, jika mengaktifkan ciri ray tracing ini, ciri Super Resolution dan Frame Rate tadi tidak boleh digunakan.

image is not available
image is not available
Kiri : Tanpa Ray Tracing | Kanan : Dengan Ray Tracing

Kamera

Kali ini iQOO telah beri peningkatan yang lebih baik untuk kamera pada iQOO 15 ini. Kesemua lensa menggunakan nilai megapiksel yang sama iaitu 50MP. Lensa utama menggunakan sensor Sony IMX921 dengan saiz yang agak besar. Lensa telefoto sudah bertukar kepada periskop telefoto dengan zum optikal 3x dengan zum maksimum sehingga 100x.  Lensa ultra-lebar masih lagi sama dan tiada peningkatan dengan model terdahulu. 

image is not available

Sejujurnya saya tiada ekspektasi yang tinggi pada prestasi kamera iQOO 13 ini kerana saya faham tujuan utama peranti ini adalah prestasi dalamanya. Namun hasil gambarnya agak baik untuk peranti yang tidak fokus kepada fotografi. Lensa utama dapat menghasilkan gambar dengan tajam dan penuh dengan keperincian. Walaupun tiada kolaborasi dengan syarikat fotografi, iQOO masih lagi memberikan beberapa pilihan filter gambar. 

image is not available
image is not available
image is not available

Lensa telefoto juga mempunyai kualiti gambar yang lebih kurang seperti lensa utama dari segi penghasilan warna dan keperincian pada zum optikal 3x. Namun saya perasan yang gambar akan terlalu diproses pada zum atas dari 3x menyebabkan warna kelihatan seperti cat air. Meskipun boleh zum sehingga 100x, saya tidak sarankan untuk menggunakannya kerana hasil gambar tidak boleh digunakan langsung.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Lensa ultra-lebar tiada apa-apa yang terlalu istimewa kerana masih menggunakan sensor yang sama seperti dahulu jadi penghasilan gambarnya juga sudah cukup memadai untuk pengguna yang tidak terlalu memfokuskan fotografi. Walaupun iQOO 15 ini ada sedikit peningkatan dalam fotografi, saya rasakan yang ia masih lagi tidak cukup untuk menandingi beberapa peranti mercu lain. 

image is not available
image is not available

Bateri

iQOO 15 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7000 mAh yang menggunakan teknologi SiC. Kapasiti bateri yang besar ini sememangnya dapat memberikan penggunaan seharian tanpa sebarang masalah. Penggunaan yang sederhana berat seperti bermain dengan kamera, beberapa sesi permainan MLBB dan PUBG Mobile dan menonton satu movie masih lagi dapat SoT sekitar 8-9 jam. 

image is not available

Untuk pengecasan, iQOO memberikan 100W FlashCharge di dalam kotak yang sebenarnya sedikit perlahan berbanding iQOO 13 dahulu yang menggunakan 120W FlashCharge. Namun iQOO 15 kali ini dilengkapi dengan pengecasan nirwayar FlashCharge 40W. Ciri Bypass Charging masih lagi dikekalkan untuk peranti yang memfokuskan permainan ini. 

Audio

iQOO 15 dilengkapi dengan pembesar suara stereo sebagai pelengkap untuk peranti gaming. Kualiti audio yang dihasilkan lebih baik jika dibandingkan dengan vivo X300 Pro. Audio yang dihasilkan seimbang kerana pembesar suara yang kedua terletak pada bahagian atas peranti jadi ia dapat menghasilkan bunyi yang sama kuat seperti pembesar suara pada bahagian bawah. Walaupun begitu, ia terasa kekurangan dinamik sedikit apabila memainkan lagi tapi dalam sesi permainan PUBG bunyinya sangat baik.

Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

  • 1 x iQOO 15
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-C
  • 1 x Pengecas USB-C 100W FlashCharge
  • 1 x Kerangka
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM.
image is not available

Kesimpulan

image is not available

Jika anda mencari satu peranti gaming yang penuh dengan ciri tambahan untuk memberikan pengalaman yang memuaskan, anda boleh pertimbangkan iQOO 15 ini. Semua spesifikasi mercu yang lengkap ada pada iQOO 15 ini kecuali pada prestasi kamera sahaja. Kalau dari segi prestasi dalaman ia mampu bersaingan dengan pelbagai peranti mercu yang lain. Penggunaan Origin OS 6 juga memberikan nafas baru yang lebih segar pada iQOO 15 ini. Mudah kata, iQOO 15 ini adalah peranti yang terbaik jika anda mencari peranti yang mempunyai prestasi dalaman yang sangat menakjubkan.

Pro

  • Paparan 144Hz yang terang dan lancar.
  • Cip mercu dengan prestasi mantap.
  • OriginOS segar dengan ciri AI menarik.
  • Bateri 7000 mAh tahan seharian.
  • Pengecasan pantas 100W berwayar dan 40W nirwayar.

Kontra

  • Kamera kurang memuaskan.
  • Sokongan perisian lebih singkat berbanding pesaing.
image is not available