Dalam pasaran telefon pintar yang semakin sesak dengan pelbagai pilihan, iQOO Neo10 muncul sebagai pencabar serius dalam kategori peranti kelas pertengahan premium. Diperkenalkan pada awal Jun lalu, peranti ini hadir dengan spesifikasi berprestasi tinggi seperti cip Snapdragon 8s Gen 4, bateri besar 7000mAh, pengecasan pantas 120W, dan paparan AMOLED 120Hz yang lancar.

Namun, persoalannya adakah iQOO Neo10 benar-benar berbaloi untuk kegunaan harian? Ulasan ini akan mengupas dengan lebih terperinci pengalaman menggunakan iQOO Neo10 dari pelbagai aspek.
Spesifikasi Dan Pengalaman Penggunaan
IQOO Neo10 Skrin 6.78″ AMOLED, 144Hz, 4400 nits
1260 x 2800 piksel, 20:9 (~453 ppi)Pemproses Snapdragon 8s Gen 4 (4 nm) Cip 1 x 3.21 GHz Cortex-X4
3 x 3.0 GHz Cortex-A720
2 x 2.8 GHz Cortex-A720
2 x 2.0 GHz Cortex-A720Cip Grafik Adreno 825 RAM 12GB RAM Muatan Dalaman 512GB
(tiada kad mikroSD)Kamera Utama 50 MP (lebar), PDAF, OIS
8 MP (ultra-lebar)Kamera Depan 32 MP (lebar) Bateri Si / C Li-Ion 7000 mAh
Berwayar 120W SIM/Telefoni Dwi SIM Nano NFC Ya Infra Merah Ya Kalis Air IP65 Sistem Imbasan Imbasan cap jari
Imbasan wajahHarga Jualan RM1999 (12/256GB)
RM2199 (16/512GB)
Memegang iQOO Neo10 terasa seperti menggunakan beberapa model iQOO sebelum ini kerana reka bentuknya yang dikitar semula tanpa perubahan ketara. Panel belakangnya sedikit melengkung manakala bahagian hadapan menggunakan skrin rata. Namun, skrin rata ini bukanlah jenis berkotak seperti yang digemari sesetengah pengguna, sebaliknya ia skrin rata biasa yang diapit oleh bingkai sisi yang melengkung.

Reka bentuk seperti ini masih menawarkan keselesaan ketika digenggam, tanpa menimbulkan rasa tidak selesa walaupun digunakan dalam tempoh yang panjang. Sepanjang tempoh ulasan ini dijalankan, peranti ini memberikan pengalaman penggunaan yang cukup menyenangkan. Panel belakangnya hadir dengan kemasan berkilat yang bukan sahaja tidak kelihatan pusam malah menjadikan peranti agak licin dan mudah tergelincir daripada genggaman.

Dari segi fizikal, iQOO Neo10 masih mengekalkan rasa premium. Walaupun ia dilengkapi bateri bersaiz besar, ketebalan peranti ini hanya sekitar 8.09mm dengan berat sekitar 206 gram. Pada pandangan awal, ia mungkin kelihatan berat namun sebenarnya peranti ini menawarkan tubuh yang seimbang dan selesa dalam genggaman. Ia juga tidak terasa kosong, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna yang menginginkan sebuah peranti yang mantap dan seimbang.

Saya menerima varian Desert Gold yang diinspirasikan daripada rona padang pasir. Warna kekuningan yang menawan ini tampil mewah, dengan elemen keemasan yang jelas kelihatan, seiring dengan nama modelnya. Sesungguhnya, tiada komen negatif dapat diberikan terhadap rekaan seperti ini kerana iQOO Neo10 sudah cukup moden dan ergonomik. Pengalaman memegang peranti untuk mengambil gambar juga terasa memuaskan, meskipun bentuknya sedikit lebar dan tinggi.

Satu aspek yang wajar diberi perhatian ialah bonggol kamera iQOO Neo10 agak besar dan menonjol. Reka bentuk seperti ini mungkin tidak sesuai dengan citarasa semua pengguna. Ada yang tidak kisah namun ada juga yang berasa terganggu terutamanya apabila peranti diletakkan di atas meja kerana ia tidak rata dan mudah bergoyang.

Oleh itu, penggunaan kerangka pelindung amat disarankan bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa serta perlindungan tambahan kepada modul kamera. Bagi pengguna yang mementingkan rupa dan keselesaan, kerangka ini boleh membantu menstabilkan peranti apabila diletakkan dan pada masa yang sama menjaga reka bentuk asalnya.

Butang kuasa dan laras audio terletak di bahagian kanan manakala bahagian kiri dibiarkan kosong bagi mengekalkan sentuhan reka bentuk yang minimalis. Peranti ini menyokong sistem audio stereo dengan dua pembesar suara, satu di bahagian atas yang turut menempatkan pemancar inframerah dan satu lagi di bahagian bawah bersama port USB-C serta slot SIM.

Kualiti audio yang dihasilkan adalah jelas, namun tidak seimbang. Ini kerana pembesar suara di bahagian bawah mengeluarkan bunyi yang lebih kuat berbanding bahagian atas. Perkara ini sememangnya dijangka memandangkan saiz pembesar suara yang berbeza malah kekisi audio di bahagian bawah direka lebih besar untuk menyokong tahap kelantangan maksimum. Audio peranti ini turut boleh mencapai kelantangan sehingga 300% yang menjadikan pengalaman pendengaran lebih imersif dan mengasyikkan.

Pengimbas cap jari dalam skrin berfungsi dengan pantas, seperti yang dijangkakan. Ini kerana iQOO berada di bawah payung vivo, dan dipercayai berkongsi teknologi imbasan cap jari yang sama. Selain itu, peranti ini juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP65.

Paparan skrin berukuran 6.78 inci ini menggunakan panel AMOLED beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz. Ini membolehkan pengguna menikmati visual yang sangat lancar dan responsif sama ada ketika menonton video, menatal media sosial atau bermain permainan mudah alih. Warna yang dipaparkan kelihatan terang dan tajam, manakala tahap kecerahan maksimum memastikan skrin kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Pemproses Dan Perisian
iQOO Neo10 dijana oleh cip Snapdragon 8s Gen 4 bersama cip grafik tambahan Q1 yang menjadikan prestasinya hampir setanding dengan peranti mercu. Dalam penggunaan harian seperti membuka pelbagai aplikasi, menyunting video atau bermain permainan mudah alih yang intensif, tiada sebarang isu sela masa yang ketara. Dilengkapi sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.1, pengalaman multi-tugas terasa amat lancar.

Untuk permainan seperti Honor of Kings (HOK), iQOO Neo10 menyokong kadar bingkai yang stabil pada 60FPS dan 120FPS, bergantung pada tetapan serta kestabilan sistem. Grafik yang tajam dan animasi yang lancar tanpa sebarang lengah masa menjadikan pengalaman bermain sangat memuaskan.

Peranti ini bukan sahaja menyokong kadar bingkai tinggi, malah pengalaman permainan turut dipertingkatkan dengan tindak balas skrin yang pantas serta sistem penyejukan yang cekap bagi mengelakkan pemanasan berlebihan. Setiap pergerakan dan serangan terasa lancar, membolehkan saya memberi tumpuan penuh dan menikmati permainan tanpa gangguan.
AnTuTu 3D
Cip Skor Snapdragon 8s Gen 4 2,012,925 Snapdragon 8 Elite 2,341,598 Mediatek Dimensity 9400e 2,131,975 Dimensity 9400 2,629,017 Apple A18 Pro 1,720,751 Tensor G4 1,016,712
Geekbench 6
Cip Satu Teras Multi Teras Snapdragon 8s Gen 4 2109 6858 Snapdragon 8 Elite 2918 8917 Mediatek Dimensity 9400e Tidak boleh dilakukan 9435
Tidak boleh dilakukan9435Dimensity 9400 2663 8959 Apple A18 Pro 3359 8129 Tensor G4 1916 4644
Geekbench AI
Cip Skor Ketepatan Tunggal Skor Ketepatan Separuh Skor Quantized Snapdragon 8s Gen 4 2124 2131 3099 Snapdragon 8 Elite 2514 2478 3637 Mediatek Dimensity 9400e 1850 1861 2629 Dimensity 9400 1728 1740 2147 Apple A18 Pro 3975 7744 6204 Tensor G4 2058 2017 3129
3DMark Wildlife Extreme
Cip Skor Snapdragon 8s Gen 4 3480 Snapdragon 8 Elite Tidak boleh dilakukan Mediatek Dimensity 9400e 5377 Dimensity 9400 6251 Apple A18 Pro 4560 Tensor G4 2567
iQOO Neo10 menjalankan Android 15 dengan antaramuka FuntouchOS 15 yang ringkas, pantas dan mesra pengguna. Ia bukan sahaja sedap dipandang, malah hadir dengan pelbagai ciri menarik. Salah satu yang paling menonjol ialah fungsi Video Wallpaper dan Animasi Skrin, yang membolehkan saya menetapkan video sebagai latar belakang di skrin utama dan skrin kunci.


Selain itu, saya turut diberi kebebasan penuh untuk menyesuaikan gaya ikon termasuk bentuk, saiz dan label aplikasi mengikut citarasa masing-masing. Pilihan widget jam dan paparan Always-On Display yang pelbagai juga membolehkan skrin kelihatan lebih peribadi. FuntouchOS 15 turut menawarkan mod permainan yang dipertingkatkan bagi memastikan prestasi lebih stabil sambil mengoptimumkan kuasa pemproses pada aplikasi latar belakang untuk pengalaman permua yang lebih imersif.

AI Image Lab hadir dengan fungsi pintar yang membolehkan pengguna memadam objek yang tidak diingini dalam gambar, selain meningkatkan kualiti dokumen yang diimbas. Dari aspek privasi, sistem ini menyertakan ciri Smart Privacy serta kawalan perkongsian aplikasi yang lebih terperinci bagi membolehkan pengguna menentukan dengan jelas data yang ingin dikongsi.
Akhir sekali, iQOO Neo10 turut menawarkan pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan seperti AI Translation, AI Gemini dan AI Screen Translation. Ciri-ciri ini bukan sahaja memudahkan interaksi harian, malah turut meningkatkan keupayaan peranti dalam tugasan berkaitan bahasa seperti terjemahan masa nyata, pengecaman teks dan pemahaman konteks visual.
Kamera Dan Kualiti Gambar

Kamera utama iQOO Neo10 hanya menyertakan dua jenis penuras asas, yang mungkin dianggap agak terhad oleh sesetengah pengguna. Namun begitu, bagi yang inginkan lebih banyak pilihan, bahagian mod potret menyediakan pelbagai penuras menarik untuk menghasilkan gambar yang lebih bergaya. Salah satu daripadanya ialah Panning Mode, iaitu mod rakaman khas yang berfungsi hampir seperti menggunakan kamera profesional sesuai untuk mencipta kesan gerakan dengan latar belakang yang penuh gaya.

Melalui teknik ini, saya boleh mendapatkan hasil gambar dengan kesan pergerakan yang menarik seolah-olah kamera digerakkan mengikut arah subjek ketika gambar dirakam. Walaupun mencabar untuk mendapatkan kesan bokeh yang kemas dalam sesetengah situasi, secara amnya subjek masih dapat diasingkan dengan jelas daripada latar belakang. Kadangkala terdapat sedikit kesan gegaran yang boleh menjejaskan ketajaman subjek, namun ia jarang berlaku dan tidak terlalu mengganggu keseluruhan hasil tangkapan.


Secara keseluruhan, kualiti gambar yang dihasilkan oleh iQOO Neo10 dianggap menepati jangkaan. Setiap tangkapan kelihatan tajam dengan perincian yang jelas. Menariknya, terdapat tiga profil warna berbeza iaitu Textured, Vivid dan Natural yang membolehkan saya memilih gaya warna mengikut cita rasa masing-masing.


Sebagai contoh, mod Textured menawarkan tona warna yang sedikit gelap dengan penekanan pada ketajaman sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya dramatik. Sebaliknya, mod Vivid menyerlahkan warna agar kelihatan lebih terang dan hidup dengan sedikit rona kekuningan menjadikannya pilihan ideal untuk gambar yang ingin ditonjolkan.
Sementara itu, mod Natural pula memberikan keseimbangan warna yang lebih semula jadi sesuai bagi pengguna yang mahu melakukan suntingan sendiri selepas gambar diambil. Walau bagaimanapun, hasil akhir tetap banyak dipengaruhi oleh tahap pencahayaan. Pencahayaan yang mencukupi akan menjadikan gambar lebih menarik dan memuaskan.







Beralih ke prestasi potret, kamera ini mampu memisahkan subjek daripada latar belakang dengan cukup baik. Tepi subjek kelihatan kemas dan jelas, malah apabila dizum sekali pun, hasilnya masih mengekalkan ketepatan tepi yang memuaskan. Namun begitu, dalam situasi tertentu terutama apabila terdapat objek lain yang terlalu hampir dengan subjek, kamera mungkin mengalami kekeliruan dalam menentukan titik fokus sebenar.



Walaupun bukaan apertur dibiarkan pada tetapan lalai, kesan bokeh yang dihasilkan masih kelihatan cantik dengan tahap kabur yang seimbang dan tidak berlebihan. Proses pascaproses juga berjalan pantas dan tidak menjejaskan kelancaran penggunaan keseluruhan.
Bateri Dan Pengecasan
Bateri 7000mAh yang digunakan merupakan antara yang terbesar dalam kelasnya. Dalam penggunaan harian seperti melayari media sosial, menggunakan aplikasi kamera dan sedikit sesi permainan, telefon ini mampu bertahan sehingga dua hari. Dalam beberapa situasi, telefon ini boleh digunakan selama 15 jam dengan SOT hampir 4 jam dan baki bateri masih pada 64%.

Dalam penggunaan lain pula, ia mampu bertahan hingga 23 jam dengan SOT 8 jam 12 minit, dan baki bateri tinggal 31%. Ini jelas menunjukkan ketahanan bateri yang sangat baik untuk pelbagai jenis penggunaan harian. Pengecasan pantas 120W yang disertakan membolehkan peranti dicas dari 0 hingga 50% dalam hanya 15 minit, manakala pengecasan penuh mengambil sekitar 40 minit.
Pesaing Peranti
IQOO Neo10 Poco F7 Honor 400 Pro 6.78″ AMOLED, 144Hz, 4400 nits
1260 x 2800 piksel, 20:9 (~453 ppi)6.83″ AMOLED FHD+ 120Hz,
Corning Gorilla Glass 7i
(~447 ppi)6.7″ AMOLED FHD+ 120Hz,
HDR Vivid, 5000 nits
(~460 ppi)Snapdragon 8s Gen 4 (4 nm)
1 x 3.21 GHz Cortex-X4
3 x 3.0 GHz Cortex-A720
2 x 2.8 GHz Cortex-A720
2 x 2.0 GHz Cortex-A720Snapdragon 8s Gen 4 (4 nm)
1 x 3.21 GHz Cortex-X4
3 x 3.0 GHz Cortex-A720
2 x 2.8 GHz Cortex-A720
2 x 2.0 GHz Cortex-A720Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm)
1 x 3.0 GHz Cortex-X4
5 x 2.95 GHz Cortex-A720
2 x 2.0 GHz Cortex-A520Adreno 825 Adreno 825 Adreno 750 12/16GB RAM 12/16GB RAM 12GB RAM 256/512GB 256/512 GB ROM 512GB ROM Kamera Utama
50 MP, f/1.8 (lebar), PDAF, OIS
8 MP, f/2.2 (ultra lebar)Kamera Utama
50 MP, f/1.5 (lebar) OIS
8 MP, f/2.2 (ultra lebar)Kamera Utama
200 MP, f1/.9 (lebar), OIS
12 MP, f/2/2 (ultra lebar)
50 MP, f/2.4 (telephoto) OISKamera Hadapan
32 MP f/2.5 Kamera Hadapan
20 MP f/2.2Kamera Hadapan
50MP, f/2.0 (lebar)IP65/ MIL-STD 810H IP68 IP68/69 Tiada bicu audio Tiada bicu audio Tiada bicu audio Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo Si / C Li-Ion 7000 mAh
Berwayar 120W6500 mAh
Berwayar 90WSi/C Li-Ion 6000 mAh
Berwayar 100W
Nirwayar 50W
Berbalik 5WRM1,999 (12/256GB)
RM2,199 (16/512GB)RM1,799 (12/256GB)
RM1,999 (12/256GB)RM2,699 (12/512GB)
Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:
- 1 x iQOO Neo10 5G.
- 1 x Kepala Pengecas 120W.
- 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
- 1 x Kerangka Silikon Hitam.
- 1 x Manual Pengguna.
- 1 x Pencungkil SIM.
Kesimpulan

Adakah iQOO Neo10 berbaloi dimiliki? Jawapannya adalah ya. Ia merupakan sebuah telefon pintar yang seimbang dari segi prestasi, ketahanan, sistem kamera dan nilai yang ditawarkan. Ia sesuai untuk pemain tegar yang mengutamakan prestasi tinggi, pengguna aktif yang memerlukan bateri tahan lama serta pengecasan pantas, pencipta kandungan yang menginginkan kamera mantap dengan sokongan rakaman 4K, dan juga pengguna harian yang mahukan peranti yang responsif. Ditawarkan pada harga RM1999 di Malaysia, iQOO Neo10 bukan sahaja berkuasa, malah praktikal dan menyeronokkan untuk digunakan setiap hari
Kelebihan
- Prestasi mercu dengan Snapdragon 8s Gen 4.
- Bateri besar 7000mAh dengan pengecasan 120w.
- Paparan AMOLED 144Hz yang cantik dan responsif.
- Kamera serba boleh dengan OIS
- Harga mampu milik untuk spesifikasi ditawarkan
Kekurangan
- Tiada pengecasan nirwayar.
- Tiada slot microSD
- Tiada bicu audio 3.5mm




