Semakan kami mendapati telefon baharu IQOO Z10 5G mula disenaraikan di Malaysia. Peranti ini menarik perhatian ramai dengan kapasiti bateri besar 7300mAh di samping reka bentuk yang masih mengekalkan beberapa elemen daripada generasi terdahulu.

Melihat maklumat produk tersedia menunjukkan peranti boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Silver. Ini dipadankan dengan skrin AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 7s Gen 3, pengecasan pantas 90W dan sistem kamera 50MP.

Peranti ini juga telah tersenarai di laman SIRIM Malaysia sejak 13 Mei 2025 lantas menguatkan lagi spekulasi bahawa pelancarannya di pasaran tempatan boleh berlangsung dalam masa terdekat.


