Poco tiba lagi kali ini dengan F7 Ultra yang mempunyai spesifikasi kelas mercu tetapi harga jualan yang lebih mampu milik berbanding pesaing. Berdasarkan tajuk artikel ini saya sudahpun melakukan spoiler untuk ulasan ini. Di bawah saya akan terangkan secara lebih lanjut mengapa Poco F7 Ultra ialah antara peranti mercu mampu milik terbaik setakat ini.
Spesifikasi
Poco F7 Ultra Skrin 6.67″ AMOLED
1440 x 3200 pixel, 120Hz, Dolby VisionPemproses Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm) Cip 2x Oryon V2 Phoenix L 4.32 GHz
6 xOryon V2 Phoenix M 3.53 GHzGPU Adreno 830 RAM 12/16GB LPDDRR5x
16GB Memori mayaStoran 256/512 GB UFS 4.1 Kamera Utama 50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar)
32MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
50MP f/2.0, OIS (Telefoto 2.5X)Kamera Hadapan 32 MP f/2.0 Bateri 5300 mAh
Pengecasan berwayar 120W
Pengecasan nirwayar 50WSIM/Telefoni Dwi SIM/5G NFC Ya Bicu Audio Tiada Kalis Air IP68 Sistem Imbasan Cap jari bawah skrin ultrasonik
Imbasan wajahHarga RM 2999 (12/256GB)
RM 3299 (16/512GB)
Skrin
Skrin sebesar 6.67″ adalah dari jenis AMOLED dengan resolusi 1440 x 3200 pixels. Ia menyokong kadar segar semula 120Hz tetapi bukan LTPO. Dalam ujian aplikasi akan dijalankan pada kadar segar semula 60Hz atau 120Hz sahaja. Sungguhpun ini agak mengecewakan ia masih membawakan sokongan Dolby Vision serta adalah dari jenis rata. Pelbagai kandungan HDR daripada Neflix, YouTube dan Max boleh dimainkan tanpa masalah.

Skrin terasa pantas dengan setiap sentuhan dikesan dengan cukup baik sekali. Bezel di keempat-empat sisi F7 Ultra juga adalah sama rata. Di bawah cahaya mentari yang terik kandungan masih dapat dibaca.
Biometri

Sebuah pengimbas cap jari ultrasonik digunakan dan ini meletakkan F7 Ultra setanding dengan Xiaomi 15 Ultra dan Galaxy S25 Ultra. Sistem boleh mengesan cap jari dengan pantas walaupun jari kotor ataupun pantas. Kedudukan pengimbas juga senang dicapai. Imbasan wajah juga boleh digunakan tetapi ia tidak sebaik imbasan cap jari kerana tidak boleh begitu tepat dalam situasi persekitaran yang gelap.
Rekaan
Rekaan ialah kekurangan paling ketara F7 Ultra berbanding peranti Ultra lain di pasaran. Ia sekadar mempunyai panel belakang polikarbonat yang nipis yang dipadankan dengan bingkai logam yang diwarnakan hitam tidak berkilat. Nampak sangat tidak premium. Jika panel belakang diketuk bunyi yang dihasilkan memberikan impresi peranti ini rompong di bahagian belakang

Tetapi itu sekadar impresi pertama. Selepas digunakan seminggu saya rasakan ini semua bukan isu. Panel polikarbonat mungkin tidak hensem ataupun gah tetapi ia tidak memerangkap kotoran seperti panel kaca. Sisi logam dengan warna hitam pusam pula selesa dalam tangan serta sekali lagi tidak memerangkap kotoran. Peranti juga seimbang dengan tidak berat di bahagian kepala seperti peranti Ultra lain kerana bonggol kameranya yang kecil.

Tubuh juga mempunyai kemampuan kalis air IP68. Tak perlu risau akan rosak kalau secara tak sengaja ia menyelam ke dalam kolam seperti Michael Thorpe. Speaker juga masih lagi stereo dengan terdapat juga pemancar infra merah serta NFC. Ini ialah keperluan minima sebuah peranti mercu moden dan F7 Ultra melepasinya dengan baik. Jika anda lebih mementingkan rekaan praktikal daripada estetik, peranti ini tidak mengecewakan.
Penggunaan dan Perisian
Sistem operasi HyperOS 2.0.106.0 yang saya gunakan adalah berasaskan Android 15. Ini ialah versi yang lebih lama jika dibandingkan dengan HyperOS pada siri Xiaomi 15. Kita sudah di bulan Mei tetapi tampalan sekuriti masih lagi di bulan Februari. Jadi di peringkat perisian, sudah nampak di mana potongan kos dilakukan kerana kemas kini masih tidak setanding Pixel, Galaxy S dan Xiaomi 15.
Walaupun versi sedikit lama, pengalaman penggunaan, rekaan antaramuka, rekaan ikonik dan ciri-ciri tambahan pada HyperOS 2.0.1060 adalah sama sahaja dengan Xiaomi 15. Anda dapat menikmati perisian yang hampir sama sahaja cuma tanpa perlu membeli peranti yang lebih premium.

Antaramuka berfungsi dengan lancar walaupun HyperOS 2 menyumbatkan bermacam-macam ciri baharu. Antara yang menarik perhatian ialah skrin kunci yang dinamik kerana boleh menggunakan video lengkap dengan kesan 3D objek. Perbezaan paling ketara yang saya sedari ialah tiada sokongan mengakses komputer macOS tidak diberikan. Pada saat ini ciri ini masih eksklusif untuk siri Xiaomi 15.
Poco memberikan kemas kini 4 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti untuk F7 Ultra. Ini adalah setanding dengan siri Xiaomi 15 tetapi tidak sebaik yang ditawarkan Google Pixel 9 dan siri Samsung Galaxy S25.

Terdapat sokongan Circle to Search yang saya masih percaya adalah ialah ciri paling berguna pada telefon pintar selepas Google Gemini kerana ia memudahkan pelbagai ciri carian barangan serta kandungan. Ciri ini sangatlah mantap pada hemat saya, ia membuatkan saya menyeru Apple untuk menirunya segera. Apple sepatutnya mempunyai ciri yang sama menerusi Visual Intelligence tetapi penawaran AI Apple pada waktu ini adalah 10 langkah di belakang apa yang ditawarkan Android.

Terdapat beberapa ciri kecerdasan buatan (Ai) disertakan seperti melakukan alih bahasa secara masa nyata, suntingan gambar, membesarkan gambar, ringkasan dokumen, melakukan transkrip daripada audio yang dirakam, dan menghasilkan sari kata untuk video secara automatik.
Saya tidak akan menyentuh secara panjang lebar kerana semua ciri AI ini sama sahaja dengan yang kini ditawarkan pada majoriti peranti Android mercu cuma dengan “perisa” berbeza oleh setiap pengeluar.
Penanda Aras
Sebagai peranti mercu dengan Snapdragon Elite, saya bandingkan Poco F7 Ultra dengan peranti-peranti di bawah termasuk Galaxy S25 Ultra dan Xiaomi 15 Ultra bagi melihat perbezaan prestasi.
- Snapdragon 8 Elite – Xiaomi 15 Ultra
- Snapdragon 8 Elite for Galaxy – Samsung Galaxy S25 Ultra
- Dimensity 9400 – Oppo Find X8 Pro
- Apple A18 Pro – Apple iPhone 16 Pro Max
- Tensor G4 – Google Pixel 9 Pro XL
AnTuTu 3D
Cip Skor Snapdragon 8 Elite (Poco F7 Ultra) 2,372,609 Snapdragon 8 Elite 2,341,598 Snapdragon 8 Elite for Galaxy 1,946,864 Dimensity 9400 2,629,017 Apple A18 Pro 1,720,751 Tensor G4 1,016,712

Geekbench 6
Cip Satu Teras Multi Teras Snapdragon 8 Elite (Poco F7 Ultra) 2276 7108 Snapdragon 8 Elite 2918 8917 Snapdragon 8 Elite for Galaxy 2957 9435 Dimensity 9400 2663 8959 Apple A18 Pro 3359 8129 Tensor G4 1916 4644

Geekbench AI
Cip Skor Ketepatan Tunggal Skor Ketepatan Separuh Skor Quantized Snapdragon 8 Elite (Poco F7 Ultra) 2473 2412 4209 Snapdragon 8 Elite 2514 2478 3637 Snapdragon 8 Elite for Galaxy 2727 2703 4580 Dimensity 9400 1728 1740 2147 Apple A18 Pro 3975 7744 6204 Tensor G4 2058 2017 3129

3DMark Wildlife Extreme
Cip Skor Snapdragon 8 Elite (Poco F7 Ultra) 5756 Snapdragon 8 Elite Tidak boleh dilakukan Snapdragon 8 Elite for Galaxy 6135 Dimensity 9400 6251 Apple A18 Pro 4560 Tensor G4 2567

Harga jualan mungkin lebih mampu milik tetapi prestasi menjalankan aplikasi dan permua F7 Ultra adalah setanding dengan peranti mercu lain dalam senarai di atas.. Ini dibantu oleh penggunaan RAM 16GB LPDDR5X dan storan UFS 4.1 yang amat pantas. Terdapat pilihan menambah RAM maya sehingga 16GB lagi yang membolehkan peranti ini mempunyai 32GB RAM yang sangatlah melampau.

Prestasi menjalankan aplikasi lazim adalah amat baik. Proses pemasangan aplikasi dan kemudian melancarkannya juga pantas kerana penggunaan storan UFS 4.1. Permua utama pula boleh dijalankan pada tetapan sehingga Ultra. COD Warzone, PUBG Mobile, Wuthering Waves, Genshin dan Mobile Legends Bang Bang semua boleh dimainkan untuk tempoh lama tanpa isu pemanasan melampau. Dengan panel belakang polikarbornat, panel belakang tidak terasa panas kerana ia bukan pengalir haba yang baik.
Kamera
Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.6 (OIS), ultra sudut lebar 32MP f/2.2 , telefoto 2.5X 50MP f/2.0 (OIS) dan telefoto 4.3X 50MP f/2.6 (OIS) Ini dipadankan dengan kamera hadapan 32MP f/2.0. Tiada lensa Zeiss atau sistem kamera Leica di sini tetapi saya rasakan sistem kamera yang diberikan adalah memadai untuk pelbagai kegunaan harian.
Ketiga-tiga gambar diletakkan dalam konfigurasi tiga segi dalam bonggol kamera yang bersaiz kecil. Ultra pada nama, tetapi bonggol kameranya mini tidak seperti pada Xiaomi 15 Ultra.

Kualiti gambar yang diambil adalah memuaskan tetapi tidak akan memberikan kesan wow seperti kamera Xiaomi 15 Ultra, atau Oppo Find X8 Pro. Imej tajam, jelas, tidak ada isu gegaran dengan julat dinamik yang baik. Hanya penghasilan warna pada gambar nampak lebih panas daripada sepatutnya dengan tinta kuning yang ketara.
Jika ada sumber cahaya yang terang, kamera dapat mengelakkan isu silau atau hingar. Kamera F7 Ultra pada hemat saya adalah memuaskan tetapi tidak di menakjubkan seperti peranti Ultra yang lain. Oleh sebab itu jika anda meletakkan kepentingan pada prestasi kamera, F7 Ultra bukanlah pilihan paling tepat. Alternatif di pasaran ialah Xiaomi 15 yang hanya RM500 lebih mahal tetapi dilengkapi lensa Leica.








Audio
Terdapat speaker stereo dengan audio yang lantang dengan sokongan bukan sahaja Dolby Atmos tetapi Xiaomi Sound. Secara lalai tetapan Atmos terasa rata hinggalah mod Immersive Sound diaktifkan. Beberapa bulan lalu Xiaomi Buds 5 Pro WiFi dengan Qualcomm XPAN. Sayang sekali mod penstriman menggunakan WiFi pada TWS ini tidak diberikan kepada F7 Ultra. Ia masih hanya untuk Xiaomi 15 Ultra sahaja.

Bateri
Bateri 5300 mAh dari jenis silikon karbid (SiC) boleh dicas semula menggunakan pengecas 120W yang sangat pantas. Secara purata SOT antara 9-10 jam dapat dicapai dalam penggunaan sederhana dan begitu juga ketahanan sepanjang hari. Masa untuk mengecas semula bateri pula hanya 35 minit menggunakan pengecasan berwayar. Peranti turut boleh dicas secara berwayar dengan kuasa 50W. Kepala pengecas 120W dan kabel USB-A ke USB-C disertakan dalam kotak.

Pesaing
Poco F7 Ultra Xiaomi 15 Oppo Find X8 6.67″ AMOLED, 120Hz
Dolby Vision, 3200 nit6.36″ OLED LTPO, 120Hz, Dolby VIsion, 3200 nit 6.59″ AMOLED LTPO, 120Hz,
Dolby Vision, 4500 nitSnapdragon 8 Elite (3nm)
2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 PhoenixMSnapdragon 8 Elite (3nm)
2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 PhoenixMDimensity 9400 (3nm)
1x 3.63 GHz Cortex-X925
3x 3.3 GHz Cortex-X4
4x 2.4 GHz Cortex-A720Adreno 830 Adreno 830 Immortalis-G925 12/16 GB LPDRR5X 12/16 GB LPDRR5X 16GB RAM LPDDR5X 256/512 GB UFS 4.1 256/512/1000 GB UFS 4.0 512GB UFS 4.0 Kamera Utama
50 MP, f/1.6 (Sudut Lebar), OIS
32 MP, f/2.2 (Ultra Lebar),
50 MP, f/2,0 (Telefoto 2.5X), OISKamera Utama
50 MP, f/1.6 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.2 (Ultra Lebar),
50MP, f/2.0 (Telefoto 5X), OIS
Lensa LeicaKamera Utama
50 MP, f/1.8 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.0 (Ultra Lebar),
50 MP, f/2.6 (Telefoto 3X), OIS
HasselbladKamera Hadapan
32 MP f/2.0Kamera Hadapan
32 MP f/2.0Kamera Hadapan
32MP f/2.4IP68 IP68 IP69 Tiada bicu audio Tiada bicu audio Tiada bicu audio Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo 5300 mAh
Berwayar 120W
Nirwayar 50W5240 mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 50W
Berbalik 10W5630 mAh
Berwayar 80W
Nirwayar 50W
Nirwayar 10WRM 2999 (12/256GB)
RM 3299 (16/512GB)RM 3499 (12/256GB)
RM 3699 (16/512GB)RM 3699 (16/512GB)
Dalam Kotak
Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.
- 1x Poco F7 Ultra
- 1x Kerangka lutsinar
- 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
- 1x Kepala pengecas 120W
- 1x Manual.
- 1x Pin SIM.

Kesimpulan
Baik beli Poco kembali berkumandang disebabkan oleh F7 Ultra. Pada harga bermula RM2999 sebuah ia peranti Snapdragon 8 Elite paling mampu milik di pasaran. Tiada kompromi pada kuasa memproses, skrin dengan Dolby Vision, saiz RAM,storan, perisian dan kelajuan pengecasan bateri. Pengecasan 120W misalnya lebih pantas berbanding iPhone 16 Pro Max, Galaxy S25 Ultra dan Xiaomi 15 Ultra yang jauh lebih mahal.
Kekurangan ialah skrin bukan dari jenis LTPO, kemampuan kamera yang sederhana dan hanya menerima 4 versi Android serta 6 tahun tampalan sekuriti. Jika anda mempunyai wang lebih, Xiaomi 15 ialah alternatif dengan kamera Leica dan rekaan lebih premium. Jika perisian pula pilihan adan, Oppo Find X8 ialah sebuah lagi peranti yang alternatif yang tidak kurang hebatnya.

Pro
- Skrin menyokong Dolby Vision pada aplikasi penstriman utama.
- Snapdragon 8 Elite berkuasa untuk aplikasi biasa dan permua.
- Prestasi kamera yang memuaskan.
- Kalis air dan debu IP68
- Ketahanan bateri amat baik dengan pengecasan 120W.
Kontra
- Hanya menerima 4 versi OS dan tampalan sekuriti 6 tahun sahaja.
- Skrin bukan LTPO.
- Kemasan tubuh tidak nampak premium.





