Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

TechnologyGaming
29 Oct 2026 • 6:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Industri permainan video mudah alih khususnya pada telefon pintar adalah lebih besar berbanding gabungan industri PC dan konsol yang digabungkan. Kualiti grafik mungkin bukan yang terbaik tetapi ia adalah paling mudah diakses dengan kos paling rendah. Ia boleh dimainkan di mana-mana sahaja tidak seperti PC dan konsol.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Dengan populariti ini, alat kawalan untuk telefon mula membanjiri pasaran tetapi mempunyai kekurangan saiz yang sukar dibawa ke mana-mana. Baru-baru ini Razer Prio dilancarkan di Malaysia dengan ia alat kawalan kompak yang boleh dilipat? Adakah ini alat kawalan mudah alih yang harus dibeli?

Spesifikasi

Razer Prio
SambunganUSB-C
PengecasanTiada
BateriTiada
Tombol Analog2 (jenis resistive)
Butang D-Pad1
Butang Pelbagai Fungsi4
Butang Muka4
Butang Bahu4
Haptik/GetaranTiada
Keperluan SistemAndroid 14 atau lebih tinggi
iOS 18 atau lebih tinggi
Dimensi Telefon yang DisokongPeranti sehingga 7 inci
Saiz101 mm × 67 mm
Berat101g
Aplikasi Mudah AlihRazer Cortex Mobile

Rekaan

Rekaan Prio ialah evolusi kepada alat kawalan untuk telefon pintar Razer Kishi yang ditawarkan sebelum ini. Sistem angkup berspring yang menghimpit peranti di antara alat kawalan kanan dan kiri Kishi digantikan dengan kabel getah yang menghasilkan rintangan apabila diregang. Apabila tiada peranti ditengah-tengah, Prio boleh dilipat untuk menjadi kecil memudahkan ia dibawa di dalam kocek. Sesuatu yang mustahil dilakukan pada sebuah Kishi atau Backbone One.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Kerana penggunaan memerlukan getah diregang, ia menghadkan penggunaan Prio hanya pada telefon pintar dengan saiz antara 6.3″ ke 7.0″. Peranti paling kecil yang saya uji ialah iPhone 18 Pro dam yang paling besar pula ialah Galaxy Z Fold Ultra. Prio terlalu besar untuk iPhone Duo dan Galaxy Z Fold8. Ia juga terlalu kecil untuk iPad mini. Sedikit ironis Prio yang boleh dilipat tidak boleh digunakan pada dua peranti skrin lipat kompak.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Had saiz ini perlu dipatuhi kerana getah yang menyabungkan kiri dan kanan Prio mengandungi kabel untuk menghantar input butang bahagian kiri yang ditekan ke bahagian kanan. Jika getah sambungan ini ditarik sehingga putus, Prio tidak lagi boleh digunakan.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Terdapat beberapa pasang pelapik getah yang boleh digantikan pada bahagian sambungan USB-C peranti. Dengan tahap ketebalan berbeza, pelbagai jenis peranti boleh dipasang pada Kishi V2 tapa isu ia terlalu longgar. Sepanjang tempoh ulasan saya tidak memerlukan pelapik ini kerana semua peranti yang diuji mempunyai kerangka. Kehadiran kerangka membuatkan Prio boleh dipasang dengan ketat pada telefon.

Prio hanya menyokong sambungan USB-C tidak seperti Kishi sebelum ini yang mempunyai versi Lightning. Selari dengan semua peranti moden hanya menggunakan USB-C, sokongan untuk iPhone lama tidak lagi diberikan.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Tidak seperti Kishi, Prio tidak mempunyai port USB-C yang membolehkan peranti dicas semasa digunakan. Jadi sebelum menggunakannya pastikan telefon antara dicas sepenuhnya. Ini adalah sedikit mengecewakan tetapi ialah ciri dikorbankan untuk menjadikan Prio boleh dilipat untuk menjadi lebih kompak.

Alat Kawalan

Konfigurasi butang pemuka pada Prio adalah mirip pada sebuah alat kawalan Xbox. Pada bahagian kiri terdapat satu butang D-Pad lapan arah dan satu tombol kawalan analog dan. Turut disertakan pada bahagian kiri ialah butang Home dan butang tangkapan layar.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Bergerak ke sisi kanan butang terdapat empat butang (X, Y, A, B) di bahagian atas dan butang kawalan analog di bahagian bawah. Seterusnya terdapat satu butang untuk melancarkan aplikasi Razer Nexus dan sebuah lagi butang menu.

Tombol kawalan analog adalah dari jenis resistive yang menyokong ciri ditekan. Ia sama rata dengan permukaan alat kawalan yang membuatkan penggunaan sedikit canggung jika dibandingkan dengan pengalaman menggunakan alat kawalan lain. Rekaan ini digunakan bagi membolehkan Prio dilipat tanpa mendatangkan kerosakan pada dua tombol analog.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Terdapat empat butang bahu R1, R2, L1, L2 yang dilengkapi spring untuk mengembalikannya ke posisi asal. Butang L2 dan R2 sedikit lebih besar berbanding L1 dan R1 tetapi tidak mempunyai rekabentuk picu pistol seperti awal kawalan permainan yang lain. Sekali lagi ini ialah bagi membolehkan ia disimpan dalam saiz kompak.

Dari segi penggunaan pengalaman menggunakan Prio 2 sama seperti menggunakan alat kawalan Kishi. Kesemua butang tindak mempunyai kesan tindak balas haptik atau getaran. Kesemua butang juga terasa teguh ketika ditekan kerana dari jenis mekanikal dan kayu analaog pula responsif.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Setakat ini kami hanya menulis pertama positif sahaja mengenai Prio ada sedikit kekurangan yang perlu disentuh. Pertama sekali ia tidak boleh digunakan pada kesemua permua yang dipasang pada peranti Android. Saya peminat tegar COD Mobile dan dengan alat kawalan, permainan ini menjadi lebih seronok kerana memberikan kawalan yang jitu.

Ini saya boleh lakukan apabila memainkan COD Mobile di iPhone. Tetapi sejurus selepas saya memainkan COD Mobile di Android, aplikasi tidak mengesan Prio sebagai alat kawalan. Saya difahamkan kerana COD Mobile mempunyai kerjasama eksklusif dengan pengeluar alat kawalan lain di Android membuatkan penggunaannya menerusi aplikasi Razer Cortex dihalang.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Terdapat beberapa tutorial bagaimana pintasan boleh dilakukan tetapi ia agak leceh sehingga saya memilih untuk hanya menggunakan Prio pada iPhone.

Menerusi aplikasi Razer Cortex yang kami sebutkan beberapa perenggan di atas, terdapat senarai permua yang disokong secara rasmi seperti Knights of The Old Republic, Bully : Anniversary Edition, Red Dead Redemption dan juga penyelaku PlayStation popular ePSXe.

Dalam Kotak

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.

  • 1x Razer Prio
  • 2x Pasang pelapik getah tambahan.
  • 1x Manual.

Kesimpulan

Pada harga RM469 sebuah, Razer Prio adalah amat mahal untuk sekadar sebuah alat kawalan permainan peranti mudah alih. Alat kawalan bluetooth PS5 (RM 369), dan Xbox Series (RM 349) adalah lebih murah. Saya haya boleh menyarankan Prio kepada mereka yang ingin mencari alat kawalan yang bersaiz kompak dan tidak memerlukan bateri.

Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak

Pro

  • Kualiti butang-butang pemuka dan kayu analog yang cukup baik kerana suis mekanikal.
  • Tidak memerlukan bateri untuk berfungsi.
  • Pilihan pintasan pantas untuk menstrim dan tangkapan layar terbina.
  • Saiz kecil boleh disimpan dalam poket dengan selesa.

Kontra

  • Harga lebih mahal daripada Sony DualSense dan pengawal Xbox.
  • Tidak disokong semua aplikasi di Android.
  • Tidak boleh digunakan sesetengah telefon lipat.
  • Tidak ada port USB-C untuk mengecas telefon semasa digunakan.
Image from: Ulasan Razer Prio – Alat Kawalan Mudah Alih Kompak
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved