Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

TechnologyDigital
4 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Realme terus memperkukuhkan lagi nama mereka dalam pasaran peranti pintar kelas pertengahan dengan Siri P yang terbaru ini. Realme P4 Power datang dengan sesuatu yang sangat luar biasa iaitu bateri sebesar 10,001mAH. Namun adakah hanya pada bateri sahaja yang Realme P4 Power ini cemerlang?.Teruskan membaca artikel ulasan ini untuk ketahui lebih lanjut tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada peranti ini. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Realme P4 Power
Skrin6.8-inci, 1280 x 2800 piksel
AMOLED, 144Hz, 6500 nits (peak)
19.5:9 ratio (~453 ppi)
Corning Gorilla Glass 7i
PemprosesDimensity 7400 Ultra (4nm)
Cip4×2.6 GHz Cortex-A78
4×2.0 GHz Cortex-A55
Cip GrafikMali-G615 MC2
RAM12GB RAM
Muatan Dalaman256GB
(tiada mikroSD)
Kamera Utama50 MP, f/1.8 (lebar), PDAF, OIS, IMX886
8 MP, f/2.0 (ultra-lebar)
4K@30/60FPS
Kamera Depan16 MP, f/2.4 (lebar), 
1080p@30/60fps
BateriSi/C Li-Ion 10001 mAh
80W SUPERVOOC berwayar
SIM/TelefoniDwi SIM Nano
NFCYa
Infra MerahYa
Kalis AirIP69
Sistem ImbasanImbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga JualanRM1999 (12/256GB)

Rekaan

Dari bahagian luar, Realme P4 Power ini nampak seperti kebanyakan peranti kelas pertengahan yang ada di pasaran sekarang. Tiada apa-apa elemen rekaan yang menonjol atau membuatkan peranti ini kelihatan menarik. Mungkin penggunaan warna oren ini sahaja yang membuatkan peranti ini lebih menyerlah tapi dengan lambakan peranti oren sekarang ia terus menjadi sesuatu yang biasa sahaja.

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Panel belakang Realme P4 Power ini terdapat sedikit corak yang berlainan pada kawasan modul kamera. Ia mempunyai beberapa tulisan seperti ‘Dart’ dan ‘Hyperimage+’, untuk saya ini bukanlah rekaan yang paling menarik namun lebih baik daripada sekadar nampak kosong sahaja di bahagian belakang ini. Panel belakang ini juga menggunakan bahan jenis plastik sama seperti bingkainya. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Apa yang membuatkan saya agak terkejut pada Realme P4 Power ini adalah tahap ketebalannya. Walaupun mempunyai bateri sebesar 10001mAH, peranti ini tidak terasa terlalu tebal atau berat malah ia kelihatan sama seperti peranti-peranti lain di luar dengan kapasiti bateri yang lebih rendah. Memegang peranti dalam tangan juga terasa selesa kerana penggunaan badan yang melengkung. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Susun atur butang kelihatan sama seperti Realme 16 Pro+ yang pernah saya ulas sebelum ini. Bahagian bawah menempatkan pembesar suara, slot sim dan juga port pengecasan USB-C. Pada bahagian atas, terdapat mikrofon kedua dan juga sensor inframerah

Skrin

Sejujurnya, saya tiada apa-apa komen buruk mengenai skrin yang ada pada Realme P4 Power ini. Ia menggunakan panel AMOLED bersaiz 6.8” dengan resolusi FHD+, tahap kecerahan pula boleh sampai 6500nits yang agak impresif dan ditambah pula dengan kadar segar semula 144Hz. Untuk anda yang penggemar kandungan HDR, peranti ini juga menyokong HDR10+. Jika berdasarkan spesifikasinya ini, skrin yang ada pada Realme P4 Power ini adalah skrin yang sama ada pada Realme 16 Pro+ yang pernah saya ulas sebelum ini.

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Jadi pengalaman menggunakan skrin ini juga sangat sama dari segi warna, ketajaman dan juga tahap kecerahan. Cuma anda perlu tahu yang skrin yang digunakan ini adalah jenis melengkung. Setakat ini hanya Realme sahaja yang masih menggunakan skrin melengkung di kala pengeluar lain sudah berubah kepada skrin rata sepenuhnya. Untuk perlindungan, ia dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 7i yang sudah cukup baik dalam kelasnya. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Perisian – Realme UI 7

Untuk perisian, Realme P4 Power ini datang dengan Realme UI 7 berasaskan Android 16. Jika anda pernah menggunakan peranti OPPO atau OnePlus, saya yakin yang anda tidak akan terasa janggal menggunakan Realme UI 7 ini. Rekaan antaramuka pada Realme UI 7 ini kelihatan sangat ceria dengan warna yang terang, rekaan ikon yang menarik dan pelbagai pemperibadian yang boleh dibuat.

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Satu perkara yang saya perasan adalah Realme telah menambah konsep rekaan berkaca pada Realme UI 7. Perkara ini sebenarnya bukanlah terlalu mengejutkan atau terlalu ‘wow’ namun ia masih kelihatan kemas dan cantik. Selain itu, sebagai peranti yang memfokuskan gaming terdapat beberapa ciri yang dapat membantu anda dalam permainan seperti Aim Assist yang akan tunjukkan garis sasaran dalam permainan seperti PUBG namun bagi saya ia tidaklah terlalu efektif. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Kebiasaan peranti dari China semestinya akan ada aplikasi gendut yang tersedia dalam jumlah yang agak banyak tapi pada Realme P4 Power ini aplikasi gendut yang tersedia tidak sebanyak yang saya sangkakan. Namun iklan-iklan yang keluar secara tiba-tiba dari aplikasi seperti App Market masih lagi ada dan agak menjengkelkan.

Pihak Realme mengatakan P4 Power akan menerima kemas kini 3 versi Android dan tampalan sekuriti selama 4 tahun. Sokongan perisian yang agak pendek tetapi saya rasakan berpadanan bagi sebuah telefon pintar mampu milik.

Prestasi

Dari segi prestasi, Realme P4 Power ini menggunakan cip Mediatek Dimensity 7400 Ultra. Ini merupakan cip yang agak popular untuk peranti kelas pertengahan. Cip ini digabungkan dengan penggunaan memori LPDDR4X 12GB dengan storan sebesar 256GB UFS3.1. Prestasinya boleh dikatakan mencukupi untuk peranti dalam kelasnya, anda boleh menilai sendiri melalui skor penanda aras yang diberikan. 

  • Vivo V70 FE – Mediatek 7360-Turbo (4nm)
  • Samsung Galaxy A37 5G – Exynos 1480 (4nm)
  • Infinix Note Edge – Dimensity 7100 (6nm)
  • Honor 600 Lite – Dimensity 7100 Elite (6nm)
  • Nothing Phone (3a) – Snapdragon 7s Gen 3 (4nm)
  • Samsung Galaxy A57 5G – Exynos 1680 (4nm)

Antutu 3D

PerantiSkor
Realme P4 Power1,011,190
vivo V70 FE940,342
Samsung Galaxy A37 5G1,059,377
Infinix Note Edge805,806
Honor 600 Lite726,401
Nothing Phone (3a)803,992
Samsung Galaxy A57 5G1,373,996
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Realme P4 Power10432890
vivo V70 FE10212941
Samsung Galaxy A37 5G11383489
Infinix Note Edge9722827
Honor 600 Lite8672660
Nothing Phone (3a)11463123
Samsung Galaxy A57 5G12384410
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

3DMark Wildlife Extreme

PerantiSkor
Realme P4 Power1021
vivo V70 FE870
Samsung Galaxy A37 5G1042
Infinix Note Edge692
Honor 600 Lite640
Nothing Phone (3a)1043
Samsung Galaxy A57 5G1713
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Bermain permua seperti MLBB atau PUBG Mobile tidak membebankan telefon ini walaupun di dalam tetapan yang tinggi. Ia dapat memberikan pengalaman yang baik kerana semua pergerakan terasa lancar dan pantas. Permainan yang memerlukan kuasa grafik seperti CarX Street boleh dimainkan di tetapan yang tinggi juga namun kadang-kala terdapat mikro lag secara rawak. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Apa yang saya perasan adalah peranti ini agak cepat memanas walaupun ia mempunyai sistem penyejukan vapor chamber. Namun berita baiknya, ia tidak akan mengganggu prestasi peranti ini tapi akan mengganggu pengalaman anda ketika dalam sesi permainan sahaja disebabkan badan peranti yang panas. Secara keseluruhannya, Realme P4 Power dapat berikan prestasi yang baik dalam kelasnya untuk gaming mahupun kegunaan harian biasa.

Kamera

Mungkin pada bahagian kamera inilah yang Realme P4 Power ini kurang menyinar sedikit. Walaupun kelihatan seperti mempunyai tiga lensa di belakang namun hanya dua sahaja yang berfungsi iaitu lensa utama 50MP f/1.8 IMX886 dan lensa ultra-lebar 8MP. Daripada spesifikasi kamera, boleh diagak yang Realme P4 Power tidak terlalu memfokuskan kepada prestasi kamera namun adakah cukup baik untuk penggunaan seharian?

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Hasil gambar dari kamera utama ini pada keadaan yang mempunyai cahaya mencukupi agak baik namun saya perasan ada beberapa keadaan yang gambar kelihatan sedikit lembut. Penghasilan warna juga sangat pekat yang sangat sinonim dengan peranti Realme. Lensa ini juga mempunyai zum optikal 2x sahaja yang boleh digunakan dan gambar masih lagi kelihatan baik apabila di zum. Untuk zum lebih dari itu, saya tidak sarankan kerana ia membuatkan gambar mempunyai banyak hingar dan tidak tajam. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Perkara yang sama juga untuk lensa ultra-lebar, dimana pada waktu siang ia mampu menghasilkan gambar yang cukup baik. Namun disebabkan penggunaan 8MP sahaja, ia tidaklah memberikan gambar yang terlalu tajam. Kawasan yang kurang cahaya pula lagi membuatkan hasil gambar dari lensa ini kurang memuaskan kerana tidak tajam dan mempunyai hingar yang jelas. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Audio

Bagi saya audio dari Realme P4 Power ini adalah kelemahan terbesar peranti ini. Untuk peranti yang dilancarkan pada tahun 2026 ia masih menggunakan pembesar suara dengan konfigurasi mono. Perkara ini boleh dimaafkan sedikit jika kualiti audionya sedap didengari namun penghasilan audionya terasa sangat kosong dan kurang dinamik. Pembesar suara ini juga mempunyai ciri aras suara sehingga 400% tapi ia tidak mengubah apa-apa kualiti audionya kecuali bunyi yang kuat sahaja.

Bateri

Inilah kekuatan sebenar pada Realme P4 Power ini iaitu kapasiti bateri gergasi iaitu 10001 mAH. Sejujurnya saya tidak menyangka kita sudah sampai di era di mana bateri telefon pintar sebesar sebuah powerbank. Ketahanan baterinya sangat-sangat baik malah saya sendiri yang letih untuk menghabiskan bateri peranti ini. Saya boleh mendapatkan penggunaan 2 hari dengan 8 jam SOT sehari, ini termasuklah menggunakan kamera, bermain permua dan juga menonton filem. 

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Untuk mengecas sebenar agak lama berbanding dengan kapasiti bateri standard yang ada di pasaran. Mengecas dari 20% ke 80% memakan masa hampir 1 jam menggunakan pengecas SUPERVOOC 80W. Namun saya tidak pandang terlalu serius sangat perkara ini kerana anda akan dapat masa penggunaan yang sangat lama dengan satu pengecasan penuh. 

Pesaing

Realme P4 Power 5GiQOO Z11x 5GVivo V70 FE
6.8″ AMOLED, 144Hz
HDR10+, 1800 nit
6.76″ IPS LCD, 120Hz
1200 nit
6.83″ AMOLED, 120Hz
HDR10+, 1900 nit
Dimensity 7400 Ultra (4 nm)
4 x 2.6 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Dimensity 7400 Turbo (4 nm)
4 x 2.6 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Dimensity 7360 Turbo (4 nm)
4 x 2.5 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Mali-G615 MC2Mali-G615 MC2Mali-G615 MC2
12 GB LPDDR4X8 GB LPDDR4X8/12 GB LPDDR4X
256 GB UFS 3.1128/256 GB UFS 3.1128/256/512 GB UFS 3.1
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
8 MP, f/2.2 (Ultra Lebar)
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
2 MP, f/2.4 (Kedalaman)
Kamera Utama
200 MP, f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
8 MP, f/2.2 (Kedalaman)
Kamera Hadapan
16 MP f/2.4
Kamera Hadapan
32 MP f/2.5
Kamera Hadapan
32 MP f/2.2
IP69 MIL-STD-810HIP69IP69
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio MonoAudio StereoAudio Stereo
10001
Berwayar 80W
7200 mAh
Berwayar 44W
7000 mAh
Berwayar 90W
Android 16, Realme UI 7.0

Kemas kini
3+4 tahun
Android 16, OriginOS 6

Kemas kini
2+4 tahun
Android 16, OriginOS 6

Kemas kini
4+6 tahun
Dilancarkan
Mei 2026
Dilancarkan
Mei 2026
Dilancarkan
April 2026
RM 1999 (12/256GB)RM 1299 (8/128GB)
RM 1599 (8/256GB)
RM 1599 (8/256GB)
RM 1799 (12/256GB)
RM 1999 (12/512GB)

Dalam Kotak

  • Realme P4 Power
  • Kerangka lutsinar
  • Pengecas 80W USB-A
  • Kabel USB-A ke UBS-C
  • Manual
  • Pin SIM

Kesimpulan

Realme P4 Power membawa satu kelainan yang agak besar untuk peranti dalam kelasnya. Ia terletak pada bateri gergasi 10001mAH yang dimuatkan dalam peranti ini. Namun Realme tidak korbankan beberapa bahagian yang lain seperti skrin yang cantik dan prestasi yang masih mencukupi untuk penggunaan seharian.

Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?

Jika anda ingin mencari satu peranti yang betul tahan lama dari segi kemampuan bateri, ini adalah pilihan yang sangat saya syorkan cuma ini bukanlah peranti untuk penggemar fotografi kerana ia tidak terlalu memfokuskan kepada kamera yang cantik. Di Malaysia, Realme P4 Power dijual pada harga RM 1999 sebuah dengan memori 12GB dan storan 256GB.

Pro

  • Kualiti skrin yang baik.
  • Realme UI 7 mesra pengguna.
  • Prestasi bateri yang menakjubkan.
  • Rekaan melengkung premium.
  • Tidak tebal walaupun bateri gergasi.

Kontra

  • Pembesar suara kurang memuaskan.
  • Bukan untuk penggemar fotografi.
  • Lensa ultra lebar 8MP yang agak ketinggalan.
Image from: Ulasan Realme P4 Power – Sekadar Bateri Gergasi Sahaja ?