Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

TechnologyDigital
24 Apr 2026 • 9:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini saya ulas Samsung Galaxy A57 5G dan mengatakan ia peranti pertengahan pilihan paling selamat kerana ia menawarkan sokongan kemas kini Android dan perisian selama enam tahun. Tetapi bagaimana pula dengan Samsung Galaxy A37 5G yang dilancarkan serentak dengannya? Adakah ia masih mampu menawarkan nilai yang sama? Ini ulasan kilat. Samsung Galaxy A37 5G.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Spesifikasi

Samsung Galaxy A37 5G
Skrin6.7″ AMOLED,
FHD+, 120Hz, HDR, 1900 nit
PemprosesExynos 1480 (4nm)
Cip4 x 2.75 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
GPUXclipse 530
RAM8/12 GB LPDDR4x
12GB Memori maya
Storan256 GB UFS 3.1
Kamera Utama50MP f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
8MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
5MP f/2.4 (Makro)
Kamera Hadapan12 MP f/2.2
Bateri5000 mAh
Pengecasan berwayar 45W
SIM/TelefoniDwi SIM/5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin optikal
Imbasan wajah
HargaRM 1899 (8/256GB)
RM 1999 (12/256GB)

Skrin

Skrin adalah sebesar 6.7″ AMOLED dengan resolusi FHD+ serta menyokong kadar segar semula 120Hz tetapi bukan dari jenis LTPO. Ini ialah skrin yang sama seperti A57 tetapi dengan bezel bahagian bawah yang lebih tebal.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Skrin boleh memaparkan kandungan HDR sahaja dalam beberapa aplikasi pentriman popular dan bukannya HDR10+. Paparan warna masih lagi cantik dan keterangan adalah memuaskan sungguhpun di bawah mentari yang panas. Ia juga responsif mengesan sentuhan dan tatalan sentiasa nampak lancar apabila mod adaptif 120Hz diaktifkan. Pengalaman yang sama walaupun rupa berbeza dengan A57 yang lebih premium.

Biometri

Sebuah pengimbas cap jari optikal diletakkan di bawah skrin dengan kedudukannya agak rendah menjadikan proses menyahkunci peranti sedikit kurang ergonomik. Ia masih berfungsi dengan pantas asalnya jari tidak basah ataupun kotor. Sistem imbasan wajah juga pantas tetapi hanya responsif dalam situasi terdapat cahaya yang mencukupi untuk kamera hadapan melihat wajah pengguna.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Rekaan

Rekaan adalah sama sahaja dengan Galaxy A57 kerana kedua-dua peranti mempunyai saiz yang sama. Lihat gambar di bawah dimana A37 adalah di kiri dan A57 di kanan. Sungguh sukar membezakan antara duanya. Bahagian sisi dan bingkai logam aluminium peranti adalah rata. Pada sisi kanan terdapat lekuk lebih tinggi bagi menempatkan butang kuasa dan laras audio. Kedua-dua butang ini diperbuat daripada logam dan selesa ditekan dengan jari. Dalam genggaman tangan, peranti terasa selesa dan juga seimbang.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Galaxy A37 (kiri) dan Galaxy A57 (kanan)

Talam dwi SIM nano diletakkan di bahagian bawah tanpa sokongan kad mikro SD. Belahan untuk speaker dan pengecas USB-C juga diletakkan di bawah. Akhir sekali di atas terdapat lubang untuk mikrofon.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Panel belakang diperbuat daripada plastik dengan satu bonggol besar menempatkan tiga lensa kamera dengan ia kini diperbuat daripada plastik lutcahaya. Bonggol peranti tidak begitu tinggi tetapi masih cukup tinggi untuk membuatkan A37 tidak boleh diletakkan rata di atas permukaan meja. Panel belakang ini mengumpul kotoran dengan mudah maka saya sarankan pembelian kerangka kerana Samsung tidak menawarkan kerangka percuma dengan setiap pembelian.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Tubuh A37 melepasi piawaian IP68 yang menjadikannya kalis percikan dan direndam di dalam air. Ini adalah peningkatan daripada IP67 seperti A36. Maka ia menjadikan peranti yang serasi digunakan mereka yang kerap melakukan aktiviti luar seperti kanak-kanak sekolah atau rakan penghantar perkhidmatan seru-pandu.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Penggunaan dan Perisian

Sistem operasi One UI 8.5 digunakan dengan ia berasaskan Android 16. Ia adalah versi yang sama seperti yang digunakan A57. Siri Galaxy A dilengkapi ciri kecerdasan buatan Awesome Intelligence dan bukannya Galaxy AI. Maka tiada Now Brief, Now Bar, Creative Studio atau sokongan ejen AI secara terbina.

Ini juga adalah versi One UI yang lebih terkini berbanding yang saya gunakan pada S25 Ultra dan Z Fold7. Maka adalah aneh peranti kelas pertengahan lebih terkini sistem operasinya. Antaramuka adalah ceria dan mudah difahami. Side Panel memberikan akses pantas ke beberapa ciri menarik seperti AI Select untuk tangkapan skrin lebih bijak dan menghasilkan GIF menerusi video pada skrin.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Awesome Intelligence membawakan ciri Google Circle to Search, Object Eraser, Custom Filters, AI Select, Read Aloud dan Voice Transcription. Ini adalah sokongan yang lebih sedikit kerana tiada Auto Trim, Best Face, dan Edit Suggestion seperti pada A57. Strategi Samsung ialah menawarkan ciri AI lebih berkuasa pada model mercu dengan model lebih mampu milik akan mempunyai penawaran AI lebih terhad.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Memori 8/12GB adalah agak kecil jika dibandingkan dengan peranti keluaran pengeluar lain tetapi memori maya sehingga 12GB boleh ditambah menggunakan RAM Plus. Dengan krisis RAM masih belum menunjukkan akan mencapai penghujung, peranti Android dengan RAM lebih besar akan menjadi satu kemewahan. Saya masih sarankan membeli peranti dengan 12GB RAM kerana 8GB RAM adalah terlalu minima untuk keperluan penggunaan semasa.

Samsung memberikan sokongan 6 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti pada A37 dan semua siri Galaxy A tahun ini. Ia adalah sokongan peranti jangka panjang terbaik untuk peranti Android kelas pertengahan di Malaysia. Walau bagaimanapun ia masih di belakang siri Galaxy S dan Google Pixel yang disokong selama 7+7 tahun.

Penanda Aras

Cip Exynos 1480 ialah cip 4nm kelas permulaan dengan konfigurasi teras 1 x 2.75 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55 yang dipadankan dengan GPU Xclipse 530. Teras CPU yang digunakan sudah agak berusia maka saya rasakan ia serasi dibandingkan dengan peranti di bawah dalam.

  • Infinix Note Edge – Dimensity 7100 (6nm)
  • Honor 600 Lite – Dimensity 7100 Elite (6nm)
  • Nothing Phone (3a) – Snapdragon 7s Gen 3 (4nm)
  • Google Pixel 9 Pro XL – Tensor G4 (4nm)
  • Samsung Galaxy A57 5G – Exynos 1680 (4nm)
  • Realme 16 Pro+ – Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)

Antutu 3D

PerantiSkor
Samsung Galaxy A37 5G1,059,377
Infinix Note Edge805,806
Honor 600 Lite726,401
Nothing Phone (3a)803,992
Google Pixel 9 Pro XL1,016,712
Samsung Galaxy A57 5G1,373,996
Realme 16 Pro+1,424,007
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Samsung Galaxy A37 5G11383489
Infinix Note Edge9722827
Honor 600 Lite8672660
Nothing Phone (3a)11463123
Google Pixel 9 Pro XL19164644
Samsung Galaxy A57 5G12384410
Realme 16 Pro+13374132
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

3DMark Wildlife Extreme

PerantiSkor
Samsung Galaxy A37 5G1042
Infinix Note Edge692
Honor 600 Lite640
Nothing Phone (3a)1043
Google Pixel 9 Pro XL2567
Samsung Galaxy A57 5G1713
Realme 16 Pro+2108
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Prestasi penggunaan aplikasi lazim adalah lancar dan memuaskan. Saya hanya menyedari sedikit perlahan apabila melancarkan permua grafik berat seperti COD Mobile. Dapat dirasakan perlu menanti lebih lama sebelum permainan dimuatkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi apabila perlu melakukan kemas kini dan memuat turun pelbagai fail tambahan.

Permainan juga hanya boleh dimainkan pada tetapan sederhana sahaja kerana teras Cortex A78 sudah berusia. Ia dilancarkan pada tahun 2020. Peranti kelas pertengahan lain sudah menggunakan Cortex A720 yang lebih berkuasa. Tetapi sekadar permainan 2D atau 3D yang asas seperti Roblox, prestasi permainan adalah mencukupi.


Kamera

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.8 (OIS), ultra sudut lebar 8MP f/2.2, dan makro 5MP f/2.4. Ini dipadankan dengan kamera hadapan 12MP f/2.2. Kombinasi kamera yang hanya berbeza pada lensa ultra lebar sahaja jika dibandingkan dengan Galaxy A57.

Oleh itu prestasi kamera adalah hampir setanding dengan Galaxy A57. Gambar dihasilkan nampak terang dan tajam apabila diambil menggunakan kamera utama sudut lebar. Sistem OIS memastikan gambar sentiasa kelihatan tajam walaupun dalam mod malam.

Lensa ultra sudut lebar mengambil gambar pada kualiti 8MP yang jelas tidak setajam lensa utama. Mengikut standard 2026, kualiti gambar lensa ultra lebar sekadar ala kadar. Tidak menakjubkan dan tidak juga terlalu mengecewakan.

Zum adalah digital sepenuhnya maka pada tetapan zum sehingga 10X sahaja tetapi kualiti gambar hanya nampak elok sehingga zum 2X sahaja. Melepas had ini, pemprosesan yang dilakukan oleh peranti membuatkan gambar nampak seperti dijana AI. Hilang keperincian dan ketajaman dengan gambar seperti lukisan catan air.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Zum 1X
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Zum 4X
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima
Zum 10X

Audio

Terdapat speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos. Bunyi adalah lantang dan seimbang walaupun konfigurasi salah satu speaker menembak ke sisi. Sungguhpun begitu pada tetapan audio paling lantang bunyi mula sedikit berkecamuk dan bass kurang dalam. Ianya adalah bunyi speaker standard pada peranti kelas pertengahan. Sekurang-kurangnya Dolby Atmos mengelakkan audio kedengaran rata.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Bateri

Bateri 5000 mAh yang digunakan kini boleh dikategorikan sebagai sekadar sederhana kerana sudah terdapat peranti kelas pertengahan lain dengan kapasiti bateri lebih besar. Ia mampu memberikan waktu penggunaan sehingga 18 jam sehari dan SOT sehingga 8-9 jam.

Bateri dicas semula dengan pengecas 45W dalam masa sekitar 70 minit. Bukanlah waktu pengecasan yang terpantas sekarang tetapi nasib b baik bukan 25W yang digunakan pada peranti kelas pertengahan sebelum ini. Pengecas tidak diberikan dengan setiap pembelian peranti oleh Samsung.


Pesaing

Samsung Galaxy A37 5GInfinix Note EdgeHonor 600 Lite
6.7″ SAMOLED, 120Hz
HDR10, 1900 nit
6.78″ AMOLED, 120Hz
HDR, 4500 nit
6.6″ AMOLED, 120Hz
HDR, 6500 nit
Exynos 1480 (4nm)
4 x 2.75 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Dimensity 7100 (6 nm)
4 x 2.4 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Dimensity 7100 Elite (6 nm)
4 x 2.4 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Xclipse 530Mali-G610 MC2Mali-G610 MC2
8/12 GB LPDDR5X8GB LPDDR5X8/12 GB LPDDR4X
256 GB UFS 3.1256 GB UFS 2.2128/256 GB UFS 3.1
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
8 MP, f/2.2 (Ultra Lebar)
5 MP, f/2.4 (Makro)
Kamera Utama
50MP f/1.8, EIS (Sudut Lebar)
Kamera Utama
108MP f/1.8, EIS (Sudut Lebar)
5MP f/2.2 (Ultra Lebar)
Kamera Hadapan
12 MP f/2.2
Kamera Hadapan
13MP f/2.2
Kamera Hadapan
16MP f/2.5
IP68IP65IP66
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio Stereo Audio StereoAudio Stereo
5000 mAh
Berwayar 45W
6500 mAh
Berwayar 45W
6520 mAh
Berwayar 45W
RM 1899 (8/256GB)
RM 1999 (12/256GB)
RM 999 (8/256GB)RM 1399 (12/256GB)

Dalam Kotak

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan setiap pembelian.

  • 1x Samsung Galaxy A37 5G
  • 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C.
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Kesimpulan

Samsung Galaxy A37 5G ialah peranti kelas pertengahan yang ikhlas kami katakan kurang menarik kerana hanya membawakan perubahan kecil berbanding Galaxy A36. Yang diubah hanyalah cip pemproses, RAM serta storan lebih pantas. Selebihnya sama sahaja. Prestasi pemproses dan kamera juga sekadar sederhana. Kekuatan masih terletak pada sokongan kemas kini 6 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.

Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima

Peranti dijual pada harga bermula RM1899 yang menjadikannya agak mahal berbanding pesaing dengan spesifikasi setanding. Samsung Malaysia menawarkan rebat membolehkan Galaxy A37 dibeli pada harga promosi RM1699 pada ketika ini.

Jadi peranti ini untuk siapa? Saya rasakan untuk ibu bapa yang mencari peranti permulaan untuk anak yang disokong untuk tempoh 6 tahun yang tidak ditawarkan pada peranti lain dalam kelasnya. Diakui harganya mahal tetapi hakikatnya tahun ini krisis RAM akan menjadikan semua peranti menjadi kurang mampu milik.

Pro

  • Rekaan selesa dalam tangan.
  • Prestasi memuaskan untuk peranti kelas permulaan.
  • Kalis air dan debu IP68
  • Sokongan perisian 6+6 tahun.
  • RAM LPDDR5X dan storan UFS 3.1 ebih pantas.

Kontra

  • Tiada perubahan pada spesifikasi dan prestasi kamera berbanding tahun lalu.
  • Kepala pengecas tidak diberikan.
Image from: Ulasan Samsung Galaxy A37 5G – Peningkatan Minima