Ulasan Xiaomi 15 – Si Kecil Yang Berkuasa

TechnologyDigital
13 Mar 2025 • 5:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suatu ketika dahulu skrin 5.8″ dianggap sebagai terlalu besar kerana tiada jari di dunia boleh menyentuh keseluruhan permukaan skrin. Kini skrin 6″ dianggap kecil dengan peranti dengan skrin kecil pula menjadi spesis terancam. Agak aneh mengatakan Xiaomi 15″ dengan skrin 6.36″ sebagai kecil dan kompak tetapi inilah hakikatnya pada tahun 2025. Sungguhpun begitu saya boleh katakan kepada anda Xiaomi 15 ialah sebuah peranti kecil yang berkuasa.

image is not available

Spesifikasi

Xiaomi 15
Skrin6.36″ AMOLED, LTPO
QHD+, 120Hz, Dolby Vision
PemprosesQualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
Cip2x Oryon V2 Phoenix L 4.32 GHz
6 xOryon V2 Phoenix M 3.53 GHz
GPUAdreno 830
RAM12GB LPDDRR5x
12GB Memori maya
Storan256/512 GB UFS 4.0
Kamera Utama50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
50MP f/2.0, OIS (Telefoto 2.6X)
Kamera Hadapan32 MP f/2.0
Bateri5240 mAh
Pengecasan berwayar 90W
Pengecasan nirwayar 50W
Berbalik 10W
SIM/TelefoniDwi SIM/5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin ultrasonik
Imbasan wajah
HargaRM 3499 (12/256GB)
RM 3699 (12/512GB)

Skrin

Skrin adalah sebesar 6.36″ AMOLED yang digunakan menyokong kadar segar semula 120Hz secara LTPO dan mempunyai keterangan maksimum 3200 nits. Ianya juga rata dengan saiz bezel yang cukup nipis. Harus saya akui skrin Xiaomi 15 adalah agak kecil untuk tangan saya yang sudah terbiasa dengan skrin 6.6″ dan ke atas tetapi ia adalah saiz yang cukup baik bagi mereka yang mencari peranti bersaiz kompak.

image is not available

Skrin boleh memaparkan kandungan HDR10+ dan Dolby Vision yang menjadikannya antara yang unik bagi peranti Android. Paparan warna dan kandungan adalah jelas serta cantik. Tiada isu melihat kandungan di bawah matahari yang terang. Semua tatalan juga dikesan dengan baik. Sistem haptik yang digunakan juga memberikan getaran realistik mengikut menu yang sedang diakses pada aplikasi.

Biometri

image is not available

Sebuah pengimbas cap jari ultrasonik turut dikekalkan di bawah skrin dengan kedudukannya strategik memudahkan proses menyahkunci peranti. Penggunaan sensor ultrasonik membolehkan Xiaomi 15 dinyahkunci walaupun jari basah ataupun kotor dengan cukup pantas. Imbasan wajah boleh digunakan asalkan bukan dalam situasi keadaan yang terlalu gelap gelita.

Rekaan

Rekaan tidak banyak berbeza dengan Xiaomi 14 kerana sisi rata dengan bucu sahaja dibulatkan. Tubuh terasa tegap di dalam tangan kerana bingkai logam digunakan. Panel belakang terasa seperti diperbuat daripada polikarbonat membolehkan pengecasan nirwayar dan berbalik dilakukan. Permukaannya tidak berkilat dan oleh itu tidak mudah kotor. Trend menggunakan rekaan peranti terdahulu pada peranti baharu juga merebak ke Xiaomi.

image is not available

Butang kuasa dan laras audio diletakkan pada sisi kanan. Kedua-dua butang diperbuat daripada logam yang membuatkan proses menekannya terasa cukup selesa. Kekisi audio, port pengecas USB-C dan talam SIM diletakkan di bahagian bawah Uniknya pada Xiaomi 15 ialah pemancar infra merah diletakkan dalam bonggol kamera di belakang peranti. Dengan ini saya tak perlu lagi memegang Xioami 15 seperti alat kawalan jauh untuk menggunakannya. Dalam posisi menegak penyaman udara di rumah dapat dikawal. Saya rasakan lokasi pemancar infra merah Xiaomi 15 ialah yang terbaik di pasaran sekarang.

image is not available

Bonggol kamera adalah sama dengan Xiaomi 14 kerana tiada perubahan dilakukan pada saiz sensor kamera. Ketinggian bonggol boleh dimaafkan kerana saiznya yang besar membuatkan ia masih boleh diletakkan rata di atas permukaan meja. Permukaan kaca pada bonggol ini walau bagaimanapun mudah memerangkap kotoran seperti minyak dan cap jari.

Secara keseluruhan peranti terasa amat selesa di dalam tangan lebih-lebih lagi pada unit berwarna hijau yang diulas. Sebagai perbandingan versi warna perak mempunai tekstur seakan logam cari Terminator T1000 yang beralun. Xiaomi 15 juga pada hemat saya ialah telefon bersaiz kompak paling selesa digunakan tahun ini.

image is not available

Tubuh peranti pula melepasi piawaian kalis debu serta air IP68. Ini mungkin satu perbezaan antara Xiaomi dan pengeluar China lain yang telah menawarkan peranti dengan IP69 tahun ini.

Penggunaan dan Perisian

Sistem operasi HyperOS 2.0.7.0 yang saya gunakan adalah berasaskan Android 15 tetapi dengan citarasa Xiaomi. Ia tidak cuba mengikut rekaan Pixel yang membuatnya lebih mudah digunakan peminat tegar Xiaomi. Langkah yang diambil Xiaomi adalah lebih bijak kerana saya merungut apabila OneUI 7 pada Galaxy S25 mengubah terlalu banyak antaramuka sehingga membuatkannya menjadi sebuah Pixel dan bukan lagi sebuah Galaxy.

image is not available

Antaramuka berfungsi dengan lancar walaupun HyperOS 2 menyumbatkan bermacam-macam ciri baharu. Antara yang menarik perhatian ialah skrin kunci yang boleh menggunakan video peribadi lengkap dengan kesan 3D. Ia juga membenarkan kandungan Xiaomi 15 diakses menggunakan sebuah komputer macOS.

Tahun ini pengeluar Cina berlumba-lumba mengintegrasikan ekosistem Apple ke dalam peranti mereka. Gambar daripada Xiaomi 15 boleh dipindahkan ke sebuah macOS tanpa sebarang isu. Ketika artikel ditulis saya masih belum mampu menggunakan ciri ini kerana perisian belum diberikan kepada pengguna antarabangsa.

image is not available

Terdapat sokongan Circle to Search dari hari pertama selepas tiada lagi tempoh eksklusif Pixel dan Samsung. Saya masih percaya Circle to Search ialah ciri paling berguna telefon Android selepas Gemini kerana ia memudahkan pelbagai ciri carian barangan serta kandungan. Gemini boleh diseru terus menggunakan butang kuasa. Xiaomi memberikan langganan Gemini Pro percuma selama 6 bulan dengan setiap pembelian Xiaomi 15.

image is not available

Terdapat beberapa ciri kecerdasan buatan (Ai) disertakan seperti melakukan alih bahasa secara masa nyata, suntingan gambar, membesarkan gambar, ringkasan dokumen, melakukan transkrip daripada audio yang dirakam, dan menghasilkan sari kata untuk video secara automatik. Saya tidak akan menyentuh secara panjang lebar kerana semua ciri AI ini sama sahaja dengan yang kini ditawarkan pada majoriti peranti Android mercu cuma dengan “perisa” berbeza oleh setiap pengeluar.

Penanda Aras

Empat aplikasi penanda aras telah saya gunakan untuk melihat prestasi Snapdragon 8 Elite yang digunakan oleh Xiaomi 15. Markah yang dicatatkan kemudian dibandingkan dengan telefon dengan cip-cip seperti senarai di bawah. Harus dinyatakan Xiaomi masih menghalang saya melakukan ujian penanda aras menggunakan 3DMark maka tiada markah disertakan. Berikut ialah senarai peranti serta cip pesaing.

  • Snapdragon 8 Elite for Galaxy – Samsung Galaxy S25 Ultra
  • Dimensity 9400 – Oppo Find X8 Pro
  • Apple A18 Pro – Apple iPhone 16 Pro Max
  • Apple A17 Pro – Apple iPhone 15 Pro Max
  • Tensor G4 – Google Pixel 9 Pro XL

AnTuTu 3D

CipSkor
Snapdragon 8 Elite2,341,598
Snapdragon 8 Elite for Galaxy1,946,864
Dimensity 94002,629,017
Apple A18 Pro1,720,751
Apple A17 Pro1,542,050
Tensor G41,016,712

image is not available

Geekbench 6

CipSatu TerasMulti Teras
Snapdragon 8 Elite29188917
Snapdragon 8 Elite for Galaxy29579435
Dimensity 940026638959
Apple A18 Pro33598129
Apple A17 pro27936925
Tensor G419164644

image is not available

Geekbench AI

CipSkor Ketepatan TunggalSkor Ketepatan SeparuhSkor Quantized
Snapdragon 8 Elite 251424783637
Snapdragon 8 Elite for Galaxy272727034580
Dimensity 9400172817402147
Apple A18 Pro397577446204
Apple A17 Pro370565155696
Tensor G4205820173129

image is not available

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Snapdragon 8 Elite Tidak boleh dilakukan
Snapdragon 8 Elite for Galaxy6135
Dimensity 94006251
Apple A18 Pro4560
Apple A17 Pro3746
Tensor G42567

image is not available

Skor yang dicatatkan adalah tidak mengecewakan kerana tidak jauh ketinggalan berbanding 8 Elite for Galaxy dan A18 Pro. Dalam penggunaan dunia sebenar Xioami 15 amat lancar untuk digunakan. Memasang aplikasi adalah pantas kerana memori UFS 4.0 dan melancarkan juga tidak kurang hebat kerana memoro LPDDR5X. Semua permua yang diuji boleh dijalankan tanpa sebarang masalah pada tetapan paling tinggi.

image is not available

5 pusingan MP COD Mobile dan Mobile Legends misalnya boleh dimainkan tanpa peranti menjadi panas menggelegak. Pemanasan hanya disedari apabila menjalankan COD Warzone. Aneh juga pemanasan lebih tinggi dikesan apabila saya menyunting gambar menggunakan aplikasi galeri Xiaomi. Sangat tidak disangka meletakkan tera air Leica dan membuang beberapa elemen dalam gambar boleh menyebabkan peranti menjadi lebih pantas berbanding aplikasi lain.


Kamera

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.6 (OIS), ultra sudut lebar 50MP f/2.2 , dan telefoto 2.6X 50MP f/2.4 (OIS) dan telefoto periskop 50MP f/2.0 (OIS). Ini dipadankan dengan kamera hadapan 32MP f/2.0. Tidak seperti pada 15 Ultra, sensor yang digunakan bukan dari jenis 1″ yang lebih baik. Tetapi seperti yang dapat anda lihat di bawah, kualiti gambar yang diambil menggunakan Xiaomi 15 yang dilengkapi lensa Leica ini masih cukup mengagumkan.

image is not available

Terdapat beberapa profil warna yang boleh dipilih pengguna dari dalam aplikasi kamera. Mod Leica Vibrant, Leica Authentic, Leica BW dan Leica BW High Contrast adalah antara yang boleh digunakan. Secara peribadi saya lebih gemar menggunakan profil Leica Vibrant yang meningkatkan keterangan warna. Leica Authentic nampak lebih gelap yang kelihatan seperti diambil menggunakan filem. Dalam semua situasi gambar yang boleh diambil sistem kamera ini adalah sangat memuaskan. Pujian saya berikan kepada penghasilan semula warna dan mod malam yang masih nampak terang dibantu oleh sistem HDR yang memastikan semua objek dapat dilihat dengan baik.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Sebelum ini saya nobatkan telefon dengan mod hitam putih terbaik ialah Huawei Mate 20 Pro. Tahun ini saya boleh serahkan takhtanya kepada Xiaomi 15 untuk sementara waktu. Sementara waktu kerana saya sudah menggunakan Xiaomi 15 Ultra dan ianya lebih baik berbanding sampel di bawah. Xiaomi 15 saya rasakan akan dapat memegang status telefon kamera hitam putih saiz kompak terbaik untuk tempoh yang lama.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available


Audio

Terdapat speaker stereo dengan audio yang lantang tetapi sedikit kurang seimbang. Ianya masih lagi memuaskan untuk sebuah telefon pintar moden. Kekurangan hanyalah tidak seperti 15 Ultra, sokongan audio Qualcomm XPAN yang membolehkan audio distrim ke Xiaomi Buds 5 Pro WiFi menggunakan rangkaian WiFi menggantikan bluetooth yang mempunyai jarak tambatan lebih pendek.

image is not available

Bateri

Bateri 5240 mAh dari jenis silikon karbid (SiC) boleh dicas semula menggunakan pengecas 90W. Xiaomi berjaya memasukkan bateri bersaiz besar dalam sebuah peranti bersaiz kecil. Tahun ini pengeluar China memperkenalkan banyak peranti dengan bateri SiC yang berkapasiti tinggi tetapi bersaiz kecil. Mereka memalukan Samsung dan Apple yang bertegas menawarkan peranti dengan bateri bersaiz kecil. S25 Ultra yang saiznya lebih besar sekadar dilengkapi bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W.

image is not available

Bateri boleh bertahan sepanjang hari dalam penggunaan sederhana dan biasa. SOT sekitar 8-9 jam boleh dinikmati dengan konsisten. Prestasi hanya terjejas dalam cuaca sejuk semasa peranti diuji di Barcelona. Di Malaysia ini bukanlah isu asalkan anda tidak bekerja di Genting atau dalam peti sejuk. Proses mengecas semula bateri hanya mengambil masa 50 minit sahaja. Memang pantas untuk kapasiti bateri yang besar.


Pesaing

Xiaomi 15Samsung Galaxy S25Apple iPhone 16e
6.36″ OLED LTPO, 120Hz
Dolby Vision, 3200 nit
6.2″ Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit6.1″ Super Retina XDR OLED,60Hz,
Dolby Vision, 1200 nit
Snapdragon 8 Elite (3nm)
2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 PhoenixM
Snapdragon 8 Elite for Galaxy (3nm)
2x 4.47 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 PhoenixM
Apple A18 (3nm)
2x 4.04 GHz
4x 2.2 GHz
Adreno 830Adreno 830Apple GPU 4 Teras
12 GB LPDRR5X12 GB LPDRR5X8GB RAM
256/512 GB UFS 4.0256/512 GB UFS 4.0128/256/512 GB NVMe
Kamera Utama
50 MP, f/1.6 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.2 (Ultra Lebar),
50 MP, f/2.0 (Telefoto 2.6X), OIS
Lensa Leica
Kamera Utama
50 MP, f/1.8 (Sudut Lebar), OIS
12 MP, f/2.2 (Ultra Lebar),
10 MP, f/2.4 (Telefoto 3X), OIS
Hasselblad
Kamera Utama
48 MP, f/1.6 (Sudut Lebar), OIS
Kamera Hadapan
32 MP f/2.0
Kamera Hadapan
12 f/2.2 MP
Kamera Hadapan
12MP f/1.9
IP68IP68IP68
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
5240 mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 50W
Berbalik 10W
4000 mAh
Berwayar 25W
Nirwayar 15W
Berbalik 4.5W
4005 mAh
Berwayar 27W
Nirwayar 7.5W
RM 3499 (12/256GB)
RM 3699 (12/512GB)
RM 3999 (12/256GB)
RM 4599 (12/512GB)
RM 2999 (8/128GB)
RM 3499 (8/256GB)
RM 4499 (8/512GB)


Dalam Kotak

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.

  • 1x Xiaomi 15
  • 1x Kerangka
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.

image is not available

Kesimpulan

Xiaomi 15 ialah telefon pintar mercu bersaiz kompak terbaik di pasaran Malaysia. Skrin mantap, cip cukup berkuasa, kemampuan kamera mengagumkan, bateri besar dicas pantas dan perisian yang semakin baik. Semuanya pada harga bermula RM3499 sahaja. Xiaomi membuktikan peranti kecil tidak semestinya mengorbankan bateri, skrin dan kamera seperti yang dilakukan Samsung dan Apple selama ini. Jika anda sedang mencari peranti kecil molek paling berbaloi, hanya Xiaomi 15 saya boleh sarankan kepada anda pada ketika ini.

image is not available

Pro

  • Rekaan tubuh kecil kompak sedap di dalam tangan.
  • Snapdragon 8 Elite berkuasa untuk aplikasi biasa dan permua.
  • Prestasi kamera yang amat bagus dengan lensa Leica.
  • Kalis air dan debu IP68
  • Ketahanan bateri amat baik pengecasan juga pantas.

Kontra

  • Hanya menerima 4 versi OS dan tampalan sekuriti 6 tahun sahaja.
  • Rekaan sama dengan Xiaomi 14.


image is not available