Beberapa tahun lalu selepas Xiaomi melakukan kerjasama dengan Leica, saya menulis artikel dengan ramalan ini ialah tidak tolak syarikat China ini akan menjadi kuasa besar arena telefon pintar. Ini adalah berdasarkan apa yang berlaku kepada Huawei selepas Huawei P10 dengan lensa Leica dilancarkan. Kelemahan Xiaomi selama ini ialah kemampuan fotografinya tidak sebaik Apple, Samsung, Huawei dan Google. Tahun ini dengan Xiaomi 15 Ultra, mereka berjaya menawarkan peranti yang hampir mencapai tahap kesempurnaan.

Spesifikasi
Xiaomi 15 Ultra Skrin 6.73″ AMOLED, LTPO
QHD+, 120Hz, Dolby VisionPemproses Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm) Cip 2x Oryon V2 Phoenix L 4.32 GHz
6 xOryon V2 Phoenix M 3.53 GHzGPU Adreno 830 RAM 16GB LPDDRR5x
12GB Memori mayaStoran 512/1000 GB UFS 4.1 Kamera Utama 50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
50MP f/1.8, OIS (Telefoto 3X)
200MP f/2.6, OIS (Telefoto 4.3X)
Lensa LeicaKamera Hadapan 32 MP f/2.0 Bateri 5410 mAh
Pengecasan berwayar 90W
Pengecasan nirwayar 80W
Berbalik 10WSIM/Telefoni Dwi SIM/5G NFC Ya Bicu Audio Tiada Kalis Air IP68 Sistem Imbasan Cap jari bawah skrin ultrasonik
Imbasan wajahHarga RM 5199 (16/256GB)
RM 5699 (16/512GB)
Skrin
Skrin adalah sebesar 6.73″ AMOLED LTPO yang digunakan menyokong kadar segar semula 120Hz secara LTPO dan mempunyai keterangan maksimum 3200 nits. Ini ialah teknologi yang sama seperti pada Xiaomo 15. Perbezaan hanyalah skrin 15 Ultra masih mempunyai sedikit melengkung di sisi tetapi tidak mengakibatkan kandungan melimpah keluar.

Skrin amat responsif, menawarkan warna yang cantik dan boleh digunakan tanpa isu di bawah cahaya yang terik. Ia turut boleh memaparkan kandungan HDR10+ dan Dolby Vision aplikasi pentriman seperti Netflix, Prime Video, Max dan Disney+ Hotstar tanpa sebarang isu.
Semua tatalan juga dikesan dengan baik. Sistem haptik yang digunakan juga memberikan getaran realistik mengikut menu yang sedang diakses pada aplikasi. Haptik pada 15 Ultra ialah setanding dengan yang saya rasakan pada sebuah iPhone 16 Pro Max dan Oppo Find X8 Pro.
Biometri

Sebuah pengimbas cap jari ultrasonik turut dikekalkan di bawah skrin dengan kedudukannya strategik memudahkan proses menyahkunci peranti. Penggunaan sensor ultrasonik membolehkan Xiaomi 15 Ultra dinyahkunci walaupun jari basah ataupun kotor dengan cukup pantas. Imbasan wajah boleh digunakan asalkan bukan dalam situasi keadaan yang terlalu gelap gelita. Masih tiada sistem imbasan wajah 3D disertakan oleh Xiaomi. Mungkin teknologi masih belum matang dan setakat ini hanya Huawei menawarkannya untuk peranti selain keluaran Apple.
Rekaan
Rekaan tidak banyak berbeza dengan Xiaomi 15 Ultra kerana sisi rata dengan bucu sahaja dibulatkan. Xiaomi juga sudah mula mengikuti langkah Apple dan Samsung yang tidak lagi melakukan iterasi rekaan setiap tahun. Nasib menyebelahi Xiaomi kerana ini baru kali pertama rekaan dikitar semula tidak seperti Samsung dan Apple yang telah melakukannya 3-4 kali. Oleh itu saya tidak mahu mengkritik sangat apa yang dilakukan Xiaomi tahun ini.

Butang kuasa dan laras audio diletakkan pada sisi kanan dengan kedua-dua butang diperbuat daripada logam yang membuatkan proses menekannya terasa cukup selesa. Kekisi audio, port pengecas USB-C, talam SIM diletakkan di bahagian bawah. Pemancar infra merah masih diletakkan di bahagian atas. Ini berbeza dengan Xiaomi 15 yang meletakkannya di bonggol kamera. Secara peribadi saya lebih suka dengan lokasi Xiaomi 15 kerana peranti boleh dipegang menegak semasa dijadikan alat kawalan jauh.
Bonggol di belakang juga masih lagi sama dengan saiznya yang agak besar. Perbezaan hanya dapat dilihat pada susunan kamera dan kedudukan logo Leica. Konfigurasi baharu ini adalah kerana tahun ini sensor 200MP digunakan pada salah satu lensa telefoto. Saiz bonggol yang besar menyebabkan peranti tidak boleh diletakkan rata di atas meja.

Walaupun bonggol besar kali ini peranti tidak lagi rasa seperti “berat kepala” membuatkan ia terasa kurang seimbang. Komen daripada pengguna 14 Ultra didengari oleh Xiaomi dan peranti kini terasa sedap di dalam tangan.
Saya juga sukakan tekstur licin yang digunakan pada bahagian belakang kerana ia nyata lebih tahan lasak berbanding kulit vegan yang digunakan tahun lalu. Pengalaman peribadi saya mendapati majoriti peranti dengan panel kulit vegan akan mula terkupil dan tertanggal yang hodoh selepas setahun. Ini isu yang wujud pada LG G4 sedekad lalu dan berterusan sehingga sekarang. Terdapat model 15 Ultra dengan panel kulit dwi-tona. Jika anda ingin membelinya pandai-pandailah cari kerangka untuk mengelakkan kerosakan berlaku.

Tubuh peranti pula melepasi piawaian kalis debu serta air IP68 yang memadai untuk peranti moden. Sebagai sebuah peranti, 15 Ultra menawarkan pakej lengkap dengan kemasan premium yang setanding dengan peranti premium lain di pasaran Malaysia.
Penggunaan dan Perisian
Sistem operasi HyperOS 2.0.7.0 yang saya gunakan adalah berasaskan Android 15 tetapi dengan citarasa Xiaomi. Ia tidak cuba mengikut rekaan Pixel yang membuatnya lebih mudah digunakan peminat tegar Xiaomi. Langkah yang diambil Xiaomi adalah lebih bijak kerana saya merungut apabila OneUI 7 pada Galaxy S25 mengubah terlalu banyak antaramuka sehingga membuatkannya menjadi sebuah Pixel dan bukan lagi sebuah Galaxy.

Antaramuka berfungsi dengan lancar walaupun HyperOS 2 menyumbatkan bermacam-macam ciri baharu. Antara yang menarik perhatian ialah skrin kunci yang boleh menggunakan video peribadi lengkap dengan kesan 3D. Ia juga membenarkan kandungan Xiaomi 15 diakses menggunakan sebuah komputer macOS.
Tahun ini pengeluar Cina berlumba-lumba mengintegrasikan ekosistem Apple ke dalam peranti mereka. Gambar daripada Xiaomi 15 boleh dipindahkan ke sebuah macOS tanpa sebarang isu. Ketika artikel ditulis saya masih belum mampu menggunakan ciri ini kerana perisian belum diberikan kepada pengguna antarabangsa.

Terdapat sokongan Circle to Search dari hari pertama selepas tiada lagi tempoh eksklusif Pixel dan Samsung. Saya masih percaya Circle to Search ialah ciri paling berguna telefon Android selepas Gemini kerana ia memudahkan pelbagai ciri carian barangan serta kandungan. Gemini boleh diseru terus menggunakan butang kuasa. Xiaomi memberikan langganan Gemini Pro percuma selama 6 bulan dengan setiap pembelian Xiaomi 15.

Terdapat beberapa ciri kecerdasan buatan (Ai) disertakan seperti melakukan alih bahasa secara masa nyata, suntingan gambar, membesarkan gambar, ringkasan dokumen, melakukan transkrip daripada audio yang dirakam, dan menghasilkan sari kata untuk video secara automatik.

Saya tidak akan menyentuh secara panjang lebar kerana semua ciri AI ini sama sahaja dengan yang kini ditawarkan pada majoriti peranti Android mercu cuma dengan “perisa” berbeza oleh setiap pengeluar.

Penanda Aras
Empat aplikasi penanda aras telah saya gunakan untuk melihat prestasi Snapdragon 8 Elite yang digunakan oleh Xiaomi 15 Ultra. Markah yang dicatatkan kemudian dibandingkan dengan telefon dengan cip-cip seperti senarai di bawah. Harus dinyatakan Xiaomi masih menghalang saya melakukan ujian penanda aras menggunakan 3DMark maka tiada markah disertakan. Berikut ialah senarai peranti serta cip pesaing.
- Snapdragon 8 Elite for Galaxy – Samsung Galaxy S25 Ultra
- Dimensity 9400 – Oppo Find X8 Pro
- Apple A18 Pro – Apple iPhone 16 Pro Max
- Apple A17 Pro – Apple iPhone 15 Pro Max
- Tensor G4 – Google Pixel 9 Pro XL
AnTuTu 3D
Cip Skor Snapdragon 8 Elite 2,341,598 Snapdragon 8 Elite for Galaxy 1,946,864 Dimensity 9400 2,629,017 Apple A18 Pro 1,720,751 Apple A17 Pro 1,542,050 Tensor G4 1,016,712

Geekbench 6
Cip Satu Teras Multi Teras Snapdragon 8 Elite 2918 8917 Snapdragon 8 Elite for Galaxy 2957 9435 Dimensity 9400 2663 8959 Apple A18 Pro 3359 8129 Apple A17 pro 2793 6925 Tensor G4 1916 4644

Geekbench AI
Cip Skor Ketepatan Tunggal Skor Ketepatan Separuh Skor Quantized Snapdragon 8 Elite 2514 2478 3637 Snapdragon 8 Elite for Galaxy 2727 2703 4580 Dimensity 9400 1728 1740 2147 Apple A18 Pro 3975 7744 6204 Apple A17 Pro 3705 6515 5696 Tensor G4 2058 2017 3129

3DMark Wildlife Extreme
Cip Skor Snapdragon 8 Elite Tidak boleh dilakukan Snapdragon 8 Elite for Galaxy 6135 Dimensity 9400 6251 Apple A18 Pro 4560 Apple A17 Pro 3746 Tensor G4 2567

Skor yang dicatatkan adalah tidak mengecewakan kerana tidak jauh ketinggalan berbanding 8 Elite for Galaxy dan A18 Pro. Markah hanya sebagai petanda prestasi untuk ujian sintetik. Dalam kegunaan dunia sebenar 15 Ultra beroperasi dengan amat lancar. Ini dibantu oleh penggunaan RAM 16GB LPDDR5X dan storan UFS 4.1 yang amat pantas. Proses memasang dan melancarkan aplikasi adalah sekelip mata. Jumlah RAM yang besar memastikan saya tidak mengalami isu aplikasi akan ditutup di latar belakang. Terdapat pilihan menambah RAM maya sehingga 12GB lagi sekiranya perlu.

Prestasi menjalankan aplikasi lazim adalah seperti dijangka tiada sebarang isu langsung. Muatlah turun sebanyak mungkin aplikasi kerana terdapat pilihan storan 512GB atau 1TB. Permua utama pula boleh dijalankan pada tetapan sehingga Ultra. COD Warzone, COD Mobile, PUBG Mobile, Genshin dan Mobile Legends Bang Bang semua boleh dimainkan untuk tempoh lama tanpa isu pemanasan melampau. Snapdragon 8 Elite dengan teknologi 3nm beroperasi pada suhu lebih rendah berbanding Snapdragon 8 Gen 3. Tiada ada perkara negatif boleh saya tulis mengenai prestasi 15 Ultra.
Kamera
Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.6 (OIS) dengan sensor 1″, ultra sudut lebar 50MP f/2.2 , telefoto 3X 50MP f/1.8 (OIS) dan telefoto 4.3X 50MP f/2.6 (OIS) Ini dipadankan dengan kamera hadapan 32MP f/2.0. Ini membezakan 15 Ultra dengan peranti mercu lain di pasaran yang tidak lagi ditawarkan dengan sensor 1″ untuk lensa sudut lebar. Lensa Leica dipadankan pada sensor dan perisian pula pada aplikasi kamera.
Tahun ini gambar yang diambil tidak lagi kelihatan terlalu gelap dan kini mempunyai penuras Leica yang lebih pelbagai. Terdapat beberapa penuras terbina seperti Leica Vibrant, Leica Authentic, Leica BW dan Leica BW High Contrast masing-masing dengan profil warna tersendiri.

Secara peribadi saya lebih gemar menggunakan profil Leica Vibrant yang meningkatkan keterangan warna. Leica Authentic nampak lebih gelap yang kelihatan seperti diambil menggunakan filem. Dalam semua situasi gambar yang boleh diambil sistem kamera ini adalah sangat memuaskan. Pujian saya berikan kepada penghasilan semula warna dan mod malam yang masih nampak terang dibantu oleh sistem HDR yang memastikan semua objek dapat dilihat dengan baik.
Lensa sudut lebar menangkap gambar dengan ketajaman yang terbaik pernah saya lihat pada sebuah telefon pintar. Di bawah terdapat gambar di dalam Katedral Barcelona dan batu-bata pada dinding boleh dilihat dengan jelas. Keadaan di dalam katedral sebenarnya agak gelap tetapi 15 Ultra dapat menangkap gambar yang kelihatan jelas serta terang. Untuk fotografi jalan, raut wajah ditangkap tepat dan sensor pantas boleh mengambal gambar tang tidak nampak kabur. Bendera di bawa dapat ditangkap jelas walaupun berkibar pantas ditiup angin.









Sebelum ini saya nobatkan telefon dengan mod hitam putih terbaik ialah Huawei Mate 20 Pro. Tahun ini saya boleh serahkan takhtanya kepada Xiaomi 15 Ultra selepas ia dipegang seketika oleh Xiaomi 15. Gambar yang diambil nampak sangat sinematik Penggemar fotografi hitam putih pasti akan menyukai kamera 15 Ultra.




Kit Fotografi Xiaomi Legend Edition
Dengan Xaomi 15 Ultra, Photography Kit Legend Edition dilancarkan sekali dengan memudahkan lagi telefon ini digunakan sebagai kamera digital. Seperti tahun lalu, kit ini terdiri daripada kerangka dengan kemasan kulit vegan, tiga lensa, dua pelapik butang kamera, satu pelapik untuk ibu jari dan pemegang kamera yang dilengkapi bateri sebesar 2000 mAh.

Bahagian pemegang mempunyai butang untuk melakukan zum serta mengambil gambar. Pelapik ibu jari yang diberikan menyelesaikan isu jari kerap tersentuh skrin yang menyebabkan butang kamera tidak dapat ditekan. Secara keseluruhan kit ini berjaya menjadikan 15 Ultra sebuah kamera digital seperti diiklankan dan memanjangkan lagi hayat peranti dengan bateri terbina.

Audio
Terdapat speaker stereo dengan audio yang lantang tetapi sedikit kurang seimbang disebabkan konfigurasi speaker yang hanya satu menembak ke depan. Tetapi 15 Ultra menyokong ciri Qualcamm XPAN yang membolehkan Xiaomi Buds 5 Pro WiFi digunakan. Teknologi menyokong tambatan pada peranti menggunakan bluetooth dan penstriman audio pula menggunakan WiFi. Buds 5 Pro boleh mentsrim audio daripada 15 Ultra selari terdapat rangkaian WiFi. Ini menyelesaikan isu TWS bluetooth yang biasanya terputus selepas terkeluar daripada lingkungan 10 meter. Secara teorinya semua peranti dengan 8 Elite mempunyai sokongan XPAN tetapi setakat ini hanya 15 Ultra sahaja yang mengaktifkannya.

Bateri
Bateri 5410 mAh dari jenis silikon karbid (SiC) boleh dicas semula menggunakan pengecas 90W. Saiz bateri yang diberikan adalah besar bagi sebuah peranti mercu dan oleh sebab itu tiada masalah 15 Ultra bertahan sepanjang hari. Secara konsisten SOT antara 9-10 jam dapat dicapai dalam penggunaan sederhana.

Proses mengecas semula mengambil masa 50 minit sahaja menggunakan pengecas 90W yang disertakan dengan setiap pembelian. Pengecasan nirwayar 80W juga disokong bersama dengan 10W berbalik. Satu isu yang saya sedari ialah hayat bateri akan terjejas dalam cuaca sejuk prestasi bateri akan terjejas. Ini berlaku semasa menggunakan 15 Ultra di Barcelona tempoh hari. Di Malaysia tiada isu ini. Cuma ingat jika anda ke luar negara ketika musim sejuk hayat bateri tidak akan sebaik di tanah air.
Pesaing
Xiaomi 15 Ultra Samsung Galaxy S25 Ultra Oppo Find X8 Pro 6.73″ AMOLED LTPO, 120Hz
Dolby Vision, 3200 nit6.9″ Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit 6.78″ AMOLED LTPO, 120Hz,
Dolby Vision, 4500 nitSnapdragon 8 Elite (3nm)
2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 PhoenixMSnapdragon 8 Elite for Galaxy (3nm)
2x 4.47 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 PhoenixMDimensity 9400 (3nm)
1x 3.63 GHz Cortex-X925
3x 3.3 GHz Cortex-X4
4x 2.4 GHz Cortex-A720Adreno 830 Adreno 830 Immortalis-G925 16 GB LPDRR5X 12 GB LPDRR5X 16GB RAM LPDDR5X 512/1000 GB UFS 4.1 256/512/1000 GB UFS 4.0 512GB UFS 4.0 Kamera Utama
50 MP, f/1.6 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.2 (Ultra Lebar),
50 MP, f/1.8 (Telefoto 2.6X), OIS
200MP, f/2.6 (Telefoto 4.3X), OIS
Lensa LeicaKamera Utama
200 MP, f/1.7 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/1.9 (Ultra Lebar),
10 MP, f/2.4 (Telefoto 3X), OIS
50MP, f/3.4 (Telefoto 5X), OIS
Lensa LeicaKamera Utama
50 MP, f/1.6 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.0 (Ultra Lebar),
50 MP, f/2.6 (Telefoto 3X), OIS
200MP, f/4.3 (Telefoto 6X), OIS
HasselbladKamera Hadapan
32 MP f/2.0Kamera Hadapan
12 f/2.2 MPKamera Hadapan
32MP f/2.4IP68 IP68 IP69 Tiada bicu audio Tiada bicu audio Tiada bicu audio Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo 5410 mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 80W
Berbalik 10W5000 mAh
Berwayar 45W
Nirwayar 15W
Berbalik 4.5W5910 mAh
Berwayar 80W
Nirwayar 50W
Nirwayar 10WRM 5199 (16/512GB)
RM 5699 (62/1000GB)RM 5999 (12/256GB)
RM 6599 (12/512GB)
RM 7799 (12/1000GB)RM 4999 (16/512GB)
Dalam Kotak
Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.
- 1x Xiaomi 15 Ultra
- 1x Kerangka lutsinar
- 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
- 1x Kepala pengecas 90W
- 1x Manual.
- 1x Pin SIM.

Kesimpulan
Telefon pintar dengan sistem kamera yang paling menakjubkan setakat ini pada hemat ialah ialah Xiaomi 15 Ultra. Penggunaan sensor 1″ pada lensa sudut lebar menunjukkan perbezaan dengan peranti lain dengan saiz sensor lebih kecil. Keperincian dan ketajaman gambar yang diambil tak mengira situasi adalah cukup menakjubkan. Gimik bukan sekadar kamera kerana skrin cantik dengan Dolby Vision, prestasi cip, jumlah memori besar, storan pantas dan bateri yang tahan lama membuatkan 15 Ultra sebuah pakej yang hampir sempurna.
Kekurangan pada waktu ini hanyalah ia menerima 4 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti sahaja berbanding pengeluar lain sudah mula menyokong 7+7 tahun sebagai standard. Namun begitu dengan harga jualan bermula RM5199 ini boleh dimaafkan kerana ia ditawarkan pada harga yang amatlah kompetitif.

Pro
- Rekaan tubuh yang kini seimbang.
- Skrin menyokong Dolby Vision dalam aplikasi penstriman utama.
- Snapdragon 8 Elite berkuasa untuk aplikasi biasa dan permua.
- Prestasi kamera yang amat bagus dengan lensa Leica.
- Kalis air dan debu IP68
- Ketahanan bateri amat baik pengecasan juga pantas.
Kontra
- Hanya menerima 4 versi OS dan tampalan sekuriti 6 tahun sahaja.
- Skrin masih sedikit melengkung pada bahagian sisi.



