Xiaomi 15S Pro Tertiris – Mungkin Akan Dilancarkan Dengan ISP Tersendiri

TechnologyDigital
24 Mar 2025 • 2:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah dua tahun Xiaomi tidak melancarkan telefon pintar siri S kerana sibuk memfokuskan siri T yang lebih mampu milik. Bagi yang tidak tahu, siri S adalah versi prestasi dipertingkatkan dan kali terakhir adalah Xiaomi 12S ketika kelahiran pertama siri Ultra. Tahun ini, ia mungkin kembali dengan Xiaomi 15S.

image is not available

Di Weibo, salah seorang pengarah perisian Xiaomi secara tidak sengaja berkongsi sampel gambar dengan tera air Xiaomi 15S Pro yang masih menggunakan sistem kamera Leica. Peranti ini dikatakan akan kekal dijana cip Snapdragon 8 Elite, mungkin versi dilewahjam tetapi dipadankan dengan ISP kamera XRING tersendiri berbanding menggunakan versi oleh Qualcomm. Kamera peranti dikatakan adalah lebih baik berbanding Xiaomi 15 Pro tetapi masih lebih rendah berbanding Xiaomi 15 Ultra.

image is not available

Peranti turut akan menyokong pengecasan pantas 90W dan akan ada hanya dua model iaitu Xiaomi 15S dan Xiaomi 15S Pro. Tidak pasti jika peranti akan dijual secara meluas atau untuk negara terpilih sahaja. Rekaan peranti dijangka kekal sama dengan perubahan kecil. Sama-sama kita nantikan.