Ultraman Taro Bersanding Curi Tumpuan, Rupa-Rupanya Dah Berjanji Masa Kenal Isteri Dulu

Entertainment
29 May 2024 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ultraman

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan pengantin bersanding memakai kostum adiwira Ultraman Taro yang popular di Jepun.

Dalam rakaman itu, Ultraman Taro dilihat berjalan masuk ke dewan persandingan sambil memegang tangan si isteri.

@ziesenin98

Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi …sehingga kedua2 pihak keluarga kami supportif minat kami2 sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga #ultraman #ultramantaro #majliskawin #sayangkeluarga #sayangisteri #hobbies #collection #fypシ #selamatpengantinbaru #mirisarawak #sarawak

♬ golden hour – JVKE

Rupa-rupanya, ada cerita di sebalik kostum adiwira itu tau. Lapor mStar, pengantin dikenali sebagai Mohamad Zulhafizie Senin merupakan seorang pensyarah di Kolej Komuniti Miri Sarawak.

Dia meminati Ultraman sejak kanak-kanak dan mempunyai banyak koleksi permainan termasuklah kostum.

image is not available

Lebih menarik lagi, dia dan isteri mempunyai minat yang sama dan mereka bertemu di sebuah acara cosplay.

Difahamkan, Hafiz kerap menyertai pertandingan cosplay namun kini sudah bergelar juri.

Isteri pun minat juga. Kami kenal di acara cosplay. Malah, dia juga seorang gamer dan suka kumpul permainan seperti saya. Jadi di situ kami dapat keserasian dan persefahaman.

Berkongsi dengan lebih lanjut, kostum yang dipakai Hafiz pada hari persandingan ditempah di Indonesia dengan harga lebih RM2,000.

image is not available

Kostum tersebut ditempah ketika mula berkenalan dengan isteri pada Julai tahun lalu.

Saya dah janji dengan isteri ketika mula-mula kenal dia. Saya tanya, kamu terima ke kalau saya jadi Ultraman?

Dia cakap dia mahu. Jadi saya tempah baju itu masa kenal dia, untuk dipakai pada majlis perkahwinan kami.

Hafiz bersyukur kerana keluarga memberi sokongan sepenuhnya terhadap minatnya terhadap Ultraman. Siap keluarga minta masuk pertandingan lagi tau!

Kredit: mStar | TikTok @ziesenin98

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved