Umai dipuji selamatkan persembahan, terus sambung nyanyi sambil peluk Thalita

EntertainmentMusic
4 Jan 2025 • 2:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Umai dipuji selamatkan persembahan

Penyanyi remaja yang juga anak saudara Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umai dipuji selamatkan persembahan Thalita yang ketika itu tidak dapat menahan sebak sewaktu mendendangkan lagu Kesetiaan.

Dalam video-video yang tular rakaman sewaktu persembahan busking tersebut, Thalita yang menyanyikan lagu allahyarham ibunya buat kali kedua dilihat sebak dan mengalirkan air mata dipertengahan persembahan sehingga ditenangkan ahli keluarga yang ada di sana.

@aweeeeeaina

MasyaAllah.. sebak sangat sayang terbaik umai tolong sambung nynyi thalita kuat ye sayang #thalita #bukitbintang @ERA

♬ SARAH_Kesetiaan - ꧁ . _ ꧂

Umai dipuji selamatkan persembahan, cepat2 bangun bantu habiskan lagu

Tindakan cepat Umai uatau nama sebenarnya, Ummi Umairah Saiful Anuar, 13 menyambung lagu Kesetiaan dendangan allahyarham Siti Sarah Raissuddin sambil memeluk Thalita telah dipuji ramai.

Dia yang turut membuat persembahan ketika busking bersama stesen radio popular itu terus bangun dan mengambil mikrofon sebelum mengalunkan lagu tersebut di hadapan penonton seramai lebih kurang 5,000 orang.

image is not available

Umai dipuji selamatkan persembahan, peluk Thalita & nyanyi sama2

Dia yang kelihatan turut sebak tetap mengawal emosi sehingga Thalita kembali tenang dan sama-sama menghabiskan lagu allahyarham ibunya dengan baik.

image is not available

Momen tersebut pastinya menjadi perhatian apabila masing-masing dilihat gagal mengawal perasaan apabila ‘lagu berhantu’ terbabit disampaikan oleh anak kepada penyanyi asal itu sendiri.

Sikap Umai sangat beradab

Menjengah ke ruangan komen salah seorang penonton yang hadir pada malam tersebut, ramai yang meninggalkan maklum balas positif terhadap Umai.

Mereka juga ‘respect’ terhadap tindakan pantasnya yang menerima pelawaan untuk membantu Thalita walaupun dalam keadaan tiba-tiba.

image is not available

Terbaik Umai, terus ikut jejak ibu saudara

image is not available

Salah seorang idola Umai adalah arwah Siti Sarah

image is not available

Difahamkan, Thalita dan Umai telah membuat persembahan bersama Geng 3 Pagi Era melibatkan Radin, Pak Azad dan juga Nabil.

Mereka telah busking bersama Genji Busker di Bukit Bintang sambil ditonton ribuan orang yang hadir bagi menyaksikan persembahan-persembahan cukup menghiburkan dari mereka.

Sumber: TikTok aweeeeeaina