Dah lama teringin, anak Shuib menangis dapat peluang nyanyi depan orang ramai

EntertainmentMusic
2 Jan 2025 • 10:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
anak Shuib menangis

Anak Shuib menangis apabila mendapat peluang menyanyi di hadapan orang ramai pada Jumaat nanti selepas mendapat tawaran dari satu stesen radio terkenal untuk busking bersama-sama di Bukit Bintang.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh usahawan selebriti itu di Instagram, anak keduanya, Dzahira Talita Zahra atau Talita dilihat sebak selepas diberitahu tentang tawaran untuk menyanyi di hadapan orang ramai.

Instagram will load in the frontend.

Anak Shuib menangis diberitahu akan buat persembahan kali pertama

Dalam video tersebut, Shuib telah memanggil anaknya naik ke studio dan memberitahu bahawa pada hari Jumaat dia akan membuat persembahan buat pertama kalinya.

Talita yang terlihat begitu terkejut telah memeluk Shuib sambil menangis kegembiraan dan mengucapkan terima kasih kepada bapa tersayang.

image is not available

Anak Shuib menangis ucap terima kasih, tak takut bakal buat persembahan depan orang

Pelawak itu nyata terkejut dengan reaksi anaknya kerana tidak menyangka bahawa Talita berasa begitu teruja dan langsung tidak takut untuk mengadakan persembahan.

Jelasnya di dalam kapsyen yang disertakan di ruangan Instagram, dia telah mendapat panggilan dari stesen radio berkenaan dan terus bersetuju kerana tahu akan kemampuan anaknya.

“…boss aku tanya boleh ke kalau kitorang nak invite Thalita nyanyi sekali?”

“Sebagai bapak sayamelompat-lompat keriangan dan cakap “bulehhhh Pak Azad!!!”

“Rupanya Thalita terlalu nak nyanyi depan orang ramai dan dia mmg tunggu2 peluang mcm ni.Allahuakbar!!!
Inilah dia show pertama dia!!!

“Semoga Allah permudahkan urusan U Thalita,daddy akan selalu ada di belakang Thalita,im your BIGGEST FAN!!! tulisnya.

Anak Shuib menangis, ramai pula sebak sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tumpang bangga dengan Talita dan akui sebak melihat momen dia menangis kegembiraan apabila bakal membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada Talita agar dapat membuat persembahan dengan baik pada esok hari apabila diminta menyanyikan lagu Bayangan Gurauan dan juga Kesetiaan.

image is not available

Selamat maju jaya Talita

image is not available

Mesti ramai yang nak datang tengok

image is not available

Seronok tengok cara Shuib layan anak

image is not available

 

Sekadar info, Dzahira Talita Zahra merupakan anak kedua Shuib dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Selain Talita, mereka juga mempunyai tiga lagi cahaya mata lelaki iaitu Uwais Al-Qarni, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Sumber: Instagram shuibsepahtu