Umat ​​Islam ada hak eksklusif untuk solat di dalam Masjid Al Aqsa

9 Apr 2023 • 5:11 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

DOHA: Pertubuhan negara-negara OIC bersepakat dalam resolusi bersama pada Sabtu, menekankan bahawa umat Islam mempunyai hak eksklusif untuk bersolat di dalam masjid Al Aqsa.

OIC mengumumkan bahawa mereka telah memulakan pengantaraan diplomasi untuk mengurangkan ketegangan antara israel dan wilayah Palestin.

image is not available

image is not available
Umat Islam hari ini dilarang memasuki Al-Aqsa memaksa mereka menunaikan solat diluar dengan di kawal oleh rakan muslim lain

Pada Khamis, Majlis Keselamatan PBB mengadakan sesi tergempar untuk mempertimbangkan keganasan israel terhadap jemaah Palestin di Al Aqsa minggu ini.

Mesyuarat tertutup itu telah dimulakan oleh Emiriah Arab Bersatu, wakil Liga Arab dan China, salah satu daripada lima ahli tetapnya.

Hari ini, rangkaian media Al-Qastal melaporkan umat Islam dilarang untuk memasuki Al-Aqsa untuk menunaikan solat subuh di dalamnya.

image is not available

Ini kerana penganut yahudi mula membanjiri Dataran Al-Buraq, bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa, untuk meraikan Paskah.

Resolusi OIC mengecam peningkatan serangan ganas oleh rejim israel dan pencerobohan pengganas dengan berulang kali menyerbu Masjid Al Aqsa ketika Ramadan.

“peningkatan itu memuncak dengan serangan yang kejam pada malam Ramadan ke-14 terhadap jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan solat dan amalan sunnah di luar,” menurut kenyataan OIC.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia