Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

7 Jun 2024 • 8:50 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi," katanya. – 7 Jun, 2024