
Orang ramai diajak untuk bersama-sama mengimarahkan Quranic Madani Night Reset: Bersatu Dalam Saf yang akan diadakan pada malam 8 Mei (esok) di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menerusi poster yang dikongsikan oleh Bahagian Dakwah, Jakim di Facebook, program itu akan diadakan bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.
Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Bergema Di Bukit Bintang
“Bukit Bintang Berselawat,” Orang Ramai Meriahkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Di Ibu kota
"Ayuh bersama-sama mengimarahkan malam dengan solat berjemaah, bacaan Surah Al-Mulk serta pengisian tazkirah yang menenangkan jiwa di tengah kesibukan kota raya.
"Mari hadir membawa sejadah, hati yang tenang dan semangat ukhuwah untuk bersatu dalam saf demi mencari rahmat dan keberkatan Allah SWT," kata Bahagian Dakwah, Jakim menerusi perkongsian itu.
Ujar kenyataan itu lagi, semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Program akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan, Nurul Izzah, Ustaz Haris Ismail, Maulana Khairi dan Ustaz Farkhan Da'ie



