“Umat Islam dituntut untuk berikhtiar” – Kereta Direnjis Dengan Air Ruqyah, Mufti Beri Penjelasan

Entertainment
2 May 2024 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, tular rakaman video yang memaparkan seorang ulama dari Pattani, Thailand dilihat merenjis air ke sebuah kereta hingga menimbulkan perbincangan di antara netizen.

Ada yang menganggap perbuatan tersebut sebagai khurafat dan tidak dilakukan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.

Hukum merenjis kenderaan dengan air ruqyah adalah diharuskan – Mufti

Isu yang tular ini akhirnya mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang memberi penjelasan bahawa hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan dan diharuskan dalam syarak.

Setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya daripada sebarang perkara yang tidak diingini seperti kecurian, kemalangan dan penyakit ain.

“Berkaitan penyakit al-ain, Nabi SAW pernah menyebut bahawa penyakit ini sesuatu yang benar dan apabila seseorang diminta untuk mandi bagi menyembuhkan penyakit itu, maka hendaklah dia mandi,” katanya.

image is not available

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menjelaskan bahawa sebahagian ulama menyebut penyakit ‘ain juga menimpa kepada haiwan dan benda-benda tidak bernyawa seperti pokok, batu, kereta dan seumpamanya.

Terdapat pelbagai cara untuk melindungi diri daripada penyakit ‘ain seperti membaca ruqyah dan doa.

“Ibn Kathir dalam tafsir menyebut sebahagian daripada salaf, apabila mereka melihat sesuatu yang menakjubkan, mereka akan menyebut ما شاء لا قوة إلا بالله,” katanya.

Tambah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan membaca ayat Al-Quran, zikir dan ta’awwudz kemudian merenjis pada sesuatu tempat atau barang adalah dibenarkan oleh syarak dan bukan khurafat.

Selain itu juga, sesuatu perkara yang tidak dilakukan Nabi SAW dan sahabat tidak semestinya perkara itu diharamkan oleh syarak.

“Terdapat banyak perkara yang harus dilakukan sekalipun Nabi SAW dan sahabat tidak melakukannya,” katanya.

Untuk baca lebih lanjut korang boleh saja ke laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.