Umie Aida dedah Heliza Helmi bawa trofi dalam beg plastik – “Dia menang sebab jadi diri sendiri”

EntertainmentLifestyle
16 Dec 2025 • 2:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi gelagat lucu pelakon dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi selepas berjaya menerima anugerah Aktres Pembantu Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37.

Menerusi perkongsian di threads, memperlihatkan Heliza membawa trofi kemenangannya di dalam beg plastik sewaktu bertemu rakan-rakannya menjadikan keadaan menjadi gamat apabila mereka saling ketawa antara satu sama lain.

Bawa trofi dalam beg plastik

image is not available

“Trofi letak dalam plastik. Memang itulah perangai Heliza,” kata Umie, hari ini.
Pelakon filem Dukun itu menyifatkan Heliza hanya menjadi diri sendiri dan kemenangan itu tidak mengubah dirinya menjadi orang lain kerana sentiasa ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan.image is not available
“Dia menang sebab jadi diri dia sendiri, tanpa perlu berlakon.
“Perjuangan harus diteruskan. Biar diluar sana pertikaian keikhlasan mu. Tak perlu jawap! Ikhlas antara mu dan Allah SWT. Stay strong & silent,” katanya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat sempoi Heliza dan meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diperoleh aktivis berkenaan.Malah ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan tersebut kerana menganggap ia sebagai tidak menghargai sesuatu pemberian.

Terhibur tengok

image is not available

Letak dalam palstik je?

image is not available

Tak boleh ke letak elok-elok

image is not availableArtikel lain: Heliza Helmi tak setuju gesaan peminat siar semula AF -“Janganlah, ramai dah berhijrah”Untuk rekod, Heliza Helmi, 39, melakar kejayaan manis apabila diumum Aktres Pembantu Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37.

Kemenangan itu menjadi detik bersejarah buat Heliza apabila kali pertama berjaya menggenggam trofi berprestij dalam acara pilihan peminat.

Sumber: Threads umieaida9