Umisya Mazlan Jelaskan Tuduhan ‘Gaslighting’ Marissa Dania Dan ‘Control’ Aslam

12 Nov 2025 • 10:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas lama berdiam diri, personaliti media sosial Umisya Mazlan akhirnya tampil bersuara selepas menerima pelbagai kecaman dan tuduhan berat di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Story, madu kepada Marissa Dania ini meluahkan rasa kecewa apabila dirinya dituduh ‘gaslighting’ dan menunggang populariti selepas isu rumah tangganya tular.

Menurut Umisya, dia selama ini memilih untuk berdiam diri demi menjaga maruah keluarga serta keharmonian semua pihak.

“Entah apa silap dan dosa Misya sampai kena blaming begini sekali ya?”

image is not available
image is not available

Namun hatinya benar-benar terluka apabila difitnah dan anaknya turut menjadi sasaran kata-kata kasar netizen.

Umisya turut menegaskan bahawa dia tidak pernah membuka hal rumah tangga kepada umum dan tidak pernah mengarah atau meletakkan syarat dalam apa jua keputusan rumah tangganya.

Dituduh acah-acah suci sebab berdiam diri?

image is not available
image is not available

Tambahnya lagi, tindakan untuk terus menunjukkan kandungan positif di media sosial bukan kerana mahu berpura-pura bahagia, tetapi demi memberikan contoh baik dan suasana normal kepada anak-anaknya.

Pssttt! Tidak semua perkara perlu dijelaskan kepada umum. Sebagai netizen, janganlah berlebihan dalam mengkritik sampaikan anak yang tak berdosa pun kena petik! Semoga Umisya terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.

Kredit: Instagram Umisya Mazlan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Umisya Mazlan Jelaskan Tuduhan ‘Gaslighting’ Marissa Dania Dan ‘Control’ Aslam appeared first on Oh! Media.