Umisya perli Aslam? Rupa tak hensem berbanding dulu

EntertainmentLifestyle
7 Jan 2025 • 11:38 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Umisya perli Aslam

Pempengaruh media sosial, Umisya perli Aslam dalam satu siaran langsung dan berkata suaminya itu tidaklah sekacak pertama kali mereka bertemu dahulu.

Menerusi satu hantaran di TikTok, safespacemuslimah telah memuat naik satu tangkap layar siaran langsung Umisya dan Aslam yang sedang mempromosikan lipstick.

Umisya perli Aslam, tak hensem macam dulu

@safespacemuslimah

Bila Misya bagi setepek dekat si Aslam

♬ original sound - -

Pada siaran langsung itu, Umisya telah menerima komen di siaran langsung itu yang mendakwa dia memilih untuk tetap bersama Aslam walaupun suaminya itu pernah berlaku curang kerana wajahnya yang kacak.

Bagaimanapun, Umisya menafikan perkara itu dengan perlian dan berkata Aslam hanya kacak ketika kali pertama mereka bertemu dan kini dia tidak lagi merasakan perkara yang sama.

“Masa pertama kali saya nampak Aslam, dia lagi hensem dari sekarang. Tapi bila lama-lama baru nampak tak hensem pun rupanya,” katanya tenang.

Tetap hormat suami, Umisya perli Aslam

image is not available

Tidak cukup dengan itu, Umisya dengan tenang telah membaca satu lagi komen netizen lain yang berkata lelaki kacak akan setia kepada satu wanita sahaja.

Aslam terdiam sebentar mendengar komen-komen daripada isterinya serta komen yang dibaca oleh Umisya kemudian memalingkan wajahnya.

Namun begitu, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila Umisya tersasul memanggil dirinya sebagai isteri kedua ketika membalas komen warganet.

image is not available

Susulan tersalah memanggil dirinya sebagai isteri kedua, Aslam dengan cepat membetulkan perkara itu hingga mengundang tawa dari Umisya.

“Saya hormat dia, walaupun dia macam tu dia tetap jaga isteri nombor dua. Eh, eh nombor satu. Salah cakap lah, nombor satu! Allahu Akbar, apooo,” katanya sambil ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang bersetuju bahawa selalunya di awal perkenalan, lelaki pilihan akan terlihat kacak namun perkara itu berubah selepas sudah lama bersama.

Bukan Aslam je, semua lelaki

image is not available

Betul, awal-awal macam hensem

image is not available

Aslam mesti tak sangka Misya cakap macam tu

image is not available

Mula2 nampak tu memang hensem

image is not available

Termenung Aslam dengar jawapan Misya

image is not available

Umisya perli Aslam, sarkastik ni penting…

image is not available

Sekadar info, pasangan ini telah berkahwin sekitar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung ketika kedua-duanya masih bergelar pelajar dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Bagaimanapun, kontroversi melanda perkahwinan mereka selepas Aslam didakwa curang bersama anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.

Tidak lama kemudian, Abby mengesahkan anak perempuannya itu telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand sekitar Disember 2023.

Namun begitu, Umisya memilih untuk tidak berpisah dengan Aslam dan kini sedang bermadu dengan Marissa.

Sumber: TikTok safespacemuslimah