
SIPITANG: Ketua Bahagian Umno Sipitang Abd Rahman Mohd Noh melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menyusahkan penduduk Sipitang kerana terpaksa melalui jalan batu kelikir.
“Ini adalah masalah yang dihadapi oleh penduduk Sipitang. Jalan dari sempadan Sarawak di Sindumin ke Malalia sepanjang 28 kilometer, tetapi kita tidak nampak satu kilometer pun siap di kedua-dua arah,” katanya semasa lawatan Tahun Baharu Cina di Sindumin bersama AJK Umno Bahagian, di sini, Selasa.
Abd Rahman berkata, penduduk telah menunggu hampir tujuh tahun untuk ia siap, walaupun dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya bahawa jalan itu sudah 70 peratus siap.
“Ia menghairankan. Kita tidak nampak pembinaan lebuh raya itu sudah siap 70 peratus, sedangkan satu kilometer pun belum siap,” dakwanya.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Tambhanya, penduduk berang dengan kegagalan membina jalan itu mengikut masa ditetapkan, kerana mereka telah melalui jalan tidak berturap yang dalam keadaan buruk selama hampir tiga tahun.
Sementara itu, Abd Rahman berkata Umno juga akan memperjuangkan isu ketersambungan jalan raya dari Sipitang ke Long Pasia yang masih belum dinaik taraf sehingga kini.
“Banyak masalah timbul akibat jalan tidak dinaik taraf terutama bagi penduduk yang tinggal di sepanjang jalan serta pengguna jalan seperti ambulans yang membawa pesakit dari Long Pasia”, katanya.
“Kami prihatin tentang jalan ini, khususnya ketika insiden ambulans perlu membawa pesakit dan ibu yang perlu bersalin di hospital,” katanya.
Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya Persekutuan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kemajuan kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPB) mencapai hampir 87 peratus bagi Fasa 1A yang membabitkan 15 pakej kerja manakala bagi pakej Fasa 1B yang membabitkan 19 pakej kerja, ia adalah proses tender.
Nanta berkata projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak boleh disiapkan tahun ini memandangkan kemajuan kerja telah mencapai 98.91 peratus.

