'UMNO dah bungkus lipat' - Adnan Yaakob

Politics
16 Aug 2023 • 12:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Adnan Yakob.

SHAH ALAM - Bekas pimpinan UMNO, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa parti itu akan lenyap tidak lama lagi susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Menerusi satu video berdurasi 25 saat yang tular pada Selasa, bekas Menteri Besar Pahang itu berkata, prestasi UMNO makin merudum sekali gus dilihat tiada peluang untuk bangkit semula.

"UMNO pun dah nak bungkus dah, bungkus lipat,” katanya.

Dalam video berkenaan, Adnan dilihat hadir memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kenyataan Adnan membuat Muhyiddin terkejut dan mempersoalkan perkara itu.

"Macam mana jadi begitu (UMNO bungkus)? Banyak ceritanya,” jawab Adnan ringkas.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan melepas dan membebaskan Muhyiddin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan, berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

ARTIKEL BERKAITAN: