
KUALA LUMPUR - UMNO membuat keputusan untuk menggantung keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar selama enam tahun.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, beberapa nama lain turut diumumkan untuk dipecat dan digantung keahliannya pada mesyuarat tersebut.
AKAN MENYUSUL
