UMNO guna strategi ‘man-to-man marking’ di Ayer Kuning

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 11:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf Wajdi

TAPAH - UMNO turun padang dengan strategi ‘man-to-man marking’ dalam memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendekatan itu dilihat lebih efektif dalam membina hubungan peribadi serta keyakinan pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN).

"Kita buat man-to-man marking, seorang (jentera) jaga 10 (pengundi), kerana ia lebih efektif, sebab itu kita tidak banyak buat ceramah mega dan ceramah,” katanya pemberita ketika ditemui sedang berkempen bersama calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir di Taman Bidor Botani di sini malam Selasa.

Beliau berkata, kempen BN juga bersifat politik matang tanpa menyerang peribadi lawan.

PRK Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved