UMNO keluar Kerajaan Perpaduan? Fahmi tepis gesaan, tegas utamakan negara bukan ikut emosi!

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 1:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PKR menolak gesaan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan, sebaliknya menegaskan kepentingan negara perlu diutamakan berbanding sentimen kepartian.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang keputusan membabitkan kerajaan perlu dibuat berdasarkan kepentingan negara dan bukan dipengaruhi emosi.

Beliau berkata, prinsip berkenaan turut ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Kongres PKR di Melaka baru-baru ini, yang mengingatkan pemimpin supaya meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.

“Perdana Menteri telah menyatakan semasa Kongres PKR di Melaka baru-baru ini bahawa apa jua keputusan yang kita buat tidak akan berasaskan emosi. Kita akan memikirkan tentang negara dan mengutamakan negara terlebih dahulu. Itulah yang diajar oleh ‘guru’ kami,” katanya, hari ini.

Image from: UMNO keluar Kerajaan Perpaduan? Fahmi tepis gesaan, tegas utamakan negara bukan ikut emosi!

Mengulas sama ada kerajaan akan menunggu UMNO menarik diri atau Perdana Menteri membuat keputusan mengeluarkan parti itu daripada Kerajaan Perpaduan, Fahmi berkata perbezaan pandangan merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

Menurutnya, pemimpin perlu menunjukkan teladan dengan meletakkan Malaysia di hadapan dalam setiap keputusan yang dibuat, bukan menjadikan kepentingan parti sebagai keutamaan.

Fahmi berkata, kerjasama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan juga kekal kukuh, termasuk menerusi mesyuarat Kabinet mingguan dan pelbagai urusan pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata kerjasama di peringkat Persekutuan itu penting bagi membolehkan kerajaan menangani pelbagai cabaran yang sedang dihadapi negara, termasuk konflik yang berterusan di Asia Barat dan isu ekonomi.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan kini berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 selain meneroka peluang untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Image from: UMNO keluar Kerajaan Perpaduan? Fahmi tepis gesaan, tegas utamakan negara bukan ikut emosi!

Image from: UMNO keluar Kerajaan Perpaduan? Fahmi tepis gesaan, tegas utamakan negara bukan ikut emosi!

Fahmi berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada kepentingan negara dalam mendepani cabaran semasa, tanpa mengira perbezaan parti politik.

“Cabaran tetap ada, dan para pemimpin di Putrajaya tanpa mengira parti akan terus bekerja untuk mengutamakan Malaysia,” katanya.

Sumber: Utusan Online 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved