UMNO, Pas perkukuh kerjasama hadapi PRN Melaka

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 10:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UMNO, Pas perkukuh kerjasama hadapi PRN Melaka

PETALING JAYA – UMNO bersetuju memuktamadkan kerjasama dan persefahaman politik dengan Pas serta rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketetapan itu antara lima perkara yang diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat itu turut mengarahkan seluruh jentera dan penyokong parti membantu sepenuh hati serta memberikan sokongan padu kepada semua calon PN yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka kali ini.

“Barisan Nasional (BN) dan PN bersetuju melancarkan Manifesto Pilihan Raya bersama bagi menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat, selain meneruskan kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan negeri oleh kerajaan Melaka sebelum ini.

“UMNO menyeru pimpinan dan jentera parti supaya mengamalkan kempen pilihan raya secara berhemah serta berakhlak tanpa melakukan perbuatan memfitnah, mengeji atau memaki-hamun parti lawan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf berkata, ketetapan terakhir pula menggesa kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, menarik balik arahan pembatalan projek berkepentingan rakyat, terutama di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ia melibatkan projek pembangunan luar bandar termasuk jalan raya, bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO, Pas perkukuh kerjasama hadapi PRN Melaka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved