UMNO Pecat KJ, Noh, Gantung Keahlian 3 Pemimpin Kanan

Politics
28 Jan 2023 • 12:28 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Khairy Jamaluddin (kiri) dan Noh Omar dipecat manakala Hishammuddin Hussein dan beberapa lagi pemimpin kanan digantung keahliannya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR – UMNO malam tadi memecat keahlian mantan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikia dalam kenyataan tengah malam tadi sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabata UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

BERITA LANJUT MENYUSUL