UMNO peduli rakyat Sabah, Sarawak, desak MoF tarik balik pembatalan projek!

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 10:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) meminta Kementerian Kewangan (MoF) menarik balik arahan pembatalan projek pembangunan, khususnya di Sabah dan Sarawak, dengan memberi perhatian terhadap keperluan asas masyarakat luar bandar.

Image from: UMNO peduli rakyat Sabah, Sarawak, desak MoF tarik balik pembatalan projek!

Foto: Berita Harian

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kesan pembatalan atau penangguhan projek berkenaan menjadi antara perkara yang dibahaskan secara mendalam dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Menurutnya, wakil UMNO Sabah membangkitkan keresahan penduduk selepas didedahkan mengenai projek pembangunan luar bandar yang dibatalkan atau ditangguhkan.

“Projek terjejas termasuk pembinaan jalan luar bandar serta kemudahan bekalan air dan elektrik yang penting bagi memenuhi keperluan asas penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Menara Dato Onn selepas mesyuarat berkenaan.

Susulan kebimbangan itu, UMNO menggesa MoF memberikan perhatian serius dan membolehkan projek terbabit diteruskan.

“Kita menggesa MoF agar mengambil cakna dan peduli yang serius, dapat meneruskan dan menarik balik arahan perbendaharaan untuk membatalkan projek-projek, terutamanya di Sabah dan Sarawak yang banyak terkesan,” tambahnya lagi.

Asyraf menjelaskan, pendirian MKT itu membawa suara rakyat Sabah dan Sarawak yang disampaikan menerusi wakil UMNO negeri berkenaan.

Selain isu pembangunan kedua-dua negeri itu, mesyuarat turut membincangkan persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sumber: MalaysiaGazette (Nizam Zain)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved