UMNO perlu bersedia serah kerusi PM kepada Pas jika parti dominan – Penganalisis

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 10:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UMNO perlu bersedia serah kerusi PM kepada Pas jika parti dominan – Penganalisis

KUALA LUMPUR: UMNO perlu bersedia menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Pas seandainya Pas mampu membina capaian lebih tinggi dalam segmentasi masyarakat ‘elit’ dan berkemampuan untuk menjadi dominan.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Pahang, kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, tidak dinafikan kekuatan akar umbi Pas dalam memonopoli naratif ataupun sokongan pengundi khususnya pengundi Melayu.

Bagaimanapun, katanya, tentu sekali ia akan berlaku perpecahan (frgamentasi) yang agak kritikal sekiranya dua parti ini bertembung.

“Beza kedua-duanya ini dengan PKR adalah disebabkan kedua-duanya memiliki kecederungan fokus pengundi yang sama iaitu Melayu berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memberikan tumpuan kepada prinsip ‘multiracial’ dalam meraih sokongan.

“Segmentasi PH pula lebih mesra di kawasan urban dan sub-urban berbanding BN-Pas yang memiliki pengaruh besar di kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan yang bersifat “Malay-belt”,” katanya hari ini

Image from: UMNO perlu bersedia serah kerusi PM kepada Pas jika parti dominan – Penganalisis
Muhammad Ariff Asyrul Adnan

Menurut beliau, sekiranya konsensus untuk menamakan calon PM dari BN-Pas belum berjaya dicapai, berkemungkinan akan mempengaruhi kepada soal kredibiliti BN-Pas dalam usaha untuk menerajui Malaysia sekiranya PRU-16 dilaksanakan.

Katanya, walaupun memiliki potensi dominasi BN-Pas disebabkan beberapa faktor utama khususnya berkenaan pendominasian politik identiti, tetapi sekiranya masih tidak mencapai persetujuan, apa yang dirisaukan adalah wujudnya “kegoyahan politik” dalam kerjasama ini.

“Pada masa depan berpotensi memberikan impak yang tidak baik kepada agenda kestabilan negara,” katanya.

Namun demikian, katanya, kekuatan UMNO juga kita tidak boleh dinafikan. Dengan pengalaman UMNO sebagai parti yang lama memerintah, kekuatan akar umbi yang mula dilihat kembali ke arah kestabilan, pastinya akan menimbulkan pertentangan yang kuat bagi kedua-dua parti ini.

Katanya, kekuatan UMNO adalah parti ini memiliki interaksi politik yang agak komprehensif di peringkat akar umbi dan dalam konteks elit politik dan ia sudah cukup menjustifikasikan kekuatan UMNO khususnya dalam konteks hari ini.

“Bagi PH, dengan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentu sekali itu calon terbaik yang ditawarkan. Setakat ini, kita masih belum melihat calon-calon dari BN-PN yang mampu menandingi imej Anwar,” katanya. – UTUSAN

The post UMNO perlu bersedia serah kerusi PM kepada Pas jika parti dominan – Penganalisis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved