Umno perlu dimensi baharu dekati rakyat

Politics
16 Jan 2024 • 1:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Umno perlu mengubah strategi dan pendekatan sebagai sebuah parti politik bagi membendung trend penolakan pengundi di kawasan bandar, mahupun luar bandar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dimensi baharu mendekati rakyat di peringkat akar umbi perlu dilakukan oleh Umno bahagian yang tidak seharusnya tertumpu kepada ahli-ahli Umno atau kelompok tertentu sahaja, tetapi perlu diperluaskan kepada masyarakat lain.

Menurut beliau, kebanyakan program seperti program program ziarah lebih tertumpu kepada ahli-ahli parti yang sudah tentu tidak dapat memberikan impak dan nilai tambah sokongan rakyat kepada Umno.

Bung berkata, selain penyokong tegar Umno masih ada kelompok yang tidak berparti, mereka yang uzur dan tidak berkemampuan yang memerlukan perhatian walaupun berlainan parti, persatuan belia, persatuan ibu tunggal, persatuan pesara kerajaan dan badan NGO lain yang perlu didekati.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Kita perlu ubah pendekatan dengan dimensi baharu. Komuniti ini sudah tentu mempunyai ahli dan penyokongnya, jika kita dekati dengan berhemah penuh mesra dibantu keperluan mereka, tidak mustahil mereka akan menyokong perjuangan Umno,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Ketua Umno Sabah 2024 bersama pimpinan bahagian Umno dari seluruh Sabah di sini.

Hadir sama, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir, Ketua Wanita Umno Sabah Senator Datuk Noraini Idris dan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Wanita Umno Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Justeru, Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno menggesa semua pemimpin parti itu meneliti semula apa yang perlu dilakukan dan bagaimana boleh mengubah trend penolakan pengundi terhadap Umno.

Menurut Bung, Umno kena membawa konsep politik kestabilan ekonomo rakyat, politik membangunkan ekonomi perniagaan seiring dengan cabaran ekonomi yang merundum ketika ini, selain politik mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Kita tidak lagi dengan pendekatan budaya lama dari segi penyusunan program, contoh jika mendekati golongan muda, tidak sekadar menganjurkan kejohanan sukan, membantu peralatan sukan.

“Tetapi program memberikan ilmu pengetahuan untuk golongan perniagaan dan keusahawanan perlu dianjurkan dengan kerjasama dari beberapa agensi kerajaan berkaitan, agar golongan belia dapat didedahkan kepada ilmu serta peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi mereka,” katanya.

Menurut beliau, banyak peluang disediakan kerajaan seperti kursus kemahiran, geran bantuan yang boleh dimasukkan dalam setiap program.

Bung yang juga Ketua Umno Kinabatangan berkata, untuk menang dalam PRU atau PRN akan datang Umno Sabah tidak boleh bergantung kepada pengundi dalam kalangan ahlinya tetapi perlu menarik lebih ramai pengundi di luar Umno (rakyat) untuk menyokong perjuangan parti itu.

Dalam perkembangan sama, Bung juga berkata kekuatan parti bergantung kepada konsep kerja berpasukan.

“Perpecahan sesama sendiri akan mengundang kepada kelemahan dan kekalahan dalam perjuangan.

“Justeru kita mesti terapkan budaya kerja berpasukan kepimpinan Umno bahagian empat peringkat perlu bersatu dan berjalan seiring.

“Jika kita mahu menang, buatlah kerja mahu menang,” jelas Bung.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.