Umno Putatan gesa tindakan tuntas selesai isu penyewa Rumah Pangsa Tg Aru

1 Jul 2023 • 1:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Umno Bahagian Putatan meminta Kerajaan negeri khususnya Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) agar mengambil tindakan tuntas bagi menyelasaikan isu penyewa Rumah Pangsa Tanjung Aru yang sebelumini diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka atas alasan faktor keselamatan.

Ketuanya Jeffery Nor Mohamed berkata kebanyakan penyewa rumah pangsa itu mendakwa notis arahan itu dikeluarkan tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk untuk penduduk memahami isu sebenar yang memerlukan mereka berpindah dari rumah yang mereka sewa bertahun lamanya.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Seharusnya pihak LPPB mengadakan perjumpaan bersama penduduk atau wakil penduduk untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya kenapa mereka perlu dipindah dengan melibatkan semua pihak berkepentingan. “Dengan adanya perjumpaan dan penjelasan yang khusus, penduduk akan lebih memahami isu sebenar kenapa mereka perlu berpindah.

“Oleh kerana alasan yang diberikan melibatkan isu keselamatan bangunan, pihak IKRAM yang bertanggungjawab membuat kajian terhadap aspek keselamatan bangunan perlu dijemput bagi membuat penjelasan agar penduduk (penyewa) berpuas hati,” katanya ketika mengadakan perjumpaan bersama wakil penduduk rumah pangsa itu, baru-baru ini.

Jeffery menambah berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Putatan sebelum ini, isu penempatan bagi penyewa yang tinggal di kawasan Rumah Pangsa Tanjung Aru akan diselesaikan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

“Sekarang telah pun memasuki bulan Julai 2023 namun penempatan yang dijanjikan belum tersedia untuk diduduki penduduk yang diarahkan berpindah,” katanya.

Jeffery berkata ramai penyewa di sini belum menerima makluman penampatan baharu daripada LPPB sama ada mereka layak atau sebaliknya untuk menduduki penempatan baharu yang dijanjikan

“Perlu diingat kebanyakan penyewa Rumah Pangsa Tanjung Aru berada dalam ketegori B40 dan mereka tidak mampu menyewa rumah lain yang kadar sewanya lebih tinggi, apalagi untuk membeli sebuah rumah. “Justeru kerajaan (LPPB) perlu cakna dengan isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Umno Putatan meminta campur tangan Ketua Menteri bagi menyelesaikan kemelut yang berpanjang itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.