
SANDAKAN: Umno Sabah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-15 pada bila-bila masa.
Bendahari Umno Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, berkata ini kerana kestabilan politik amat penting dalam suasana ekonomi yang tidak memberangsangkan.
“Pilihan raya adalah kata kunci terakhir,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Sabtu lalu berkaitan laporan media yang menyatakan Perikatan Nasional (PN) sedang menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.
