UMNO tak pernah tutup pintu, ramai yang rayu nak bersama balik -Dr Asyraf Wajdi

LocalPolitics
22 Jun 2025 • 1:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan bahawa “UMNO tak pernah tutup pintu” kembali mencuri perhatian apabila mendedahkan ramai yang merayu untuk kembali bersama parti.

Dr Asyraf dedah UMNO tak pernah tutup pintu

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan antara yang dipercayai melakukan tindakan tersebut termasuk tokoh-tokoh yang sebelum ini dipecat atau digantung keahlian.

“UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa. Ramai yang datang untuk merayu untuk bersama balik dengan UMNO,” ujarnya.

image is not available

UMNO tak pernah tutup pintu, ramai tokoh nak datang balik

Perkara ini pastinya mencetuskan spekulasi sama ada individu seperti Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan bakal kembali memperkuatkan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Sebab itu kita terima tanpa menamakan tokoh yang orang ramai tahu, berapa ramai yang mohon dan diterima oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya lagi dalam Podcast BH, Borak Harini bertajuk Adakah lagi UMNO selepas PRU16?

image is not available

Hangatkan kembali spekulasi beberapa nama besar

Untuk rekod, awal 2023, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dipecat keahliannya, manakala Shahril yang ketika itu menjawat Ketua Penerangan UMNO digantung bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua UMNO Bahagian Sembrong.

image is not available

Pendedahan itu dilihat memberi bayangan bahawa UMNO sedang membuka ruang kepada mana-mana figura lama yang dilihat mampu membantu mengukuhkan jentera parti menghadapi PRU akan datang.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli dan Ercy Gracella Ajos)