UMNO takkan berdiam lagi! Sedia saman penyebar fitnah pemimpin partinya – Asyraf

LocalPolitics
6 Jul 2025 • 2:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO memberi amaran tegas bahawa parti itu kini bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebarkan fitnah ke atas pemimpin mereka di media sosial.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tindakan menyaman bukan budaya UMNO selama ini, perkembangan semasa menunjukkan keperluan untuk parti bertindak lebih agresif.

“Selama ini ia bukan menjadi budaya UMNO untuk menyaman atau menghantar tuntutan kepada mana-mana pihak,” katanya.

image is not available

UMNO takkan berdiam lagi

Namun, katanya, suasana media sosial yang semakin tidak terkawal dan rakus memaksa UMNO untuk mengambil pendekatan baharu, termasuk menyaman mereka yang mencetus persepsi palsu terhadap pemimpin parti.

“Kita dapati dengan suasana media sosial yang sebegini rakus harus ini, kita melihat sudah tiba masanya untuk UMNO bertindak agresif dan mengambil pengajaran juga dan pengalaman parti-parti lain.

image is not available

“Kalau kita lihat mereka cukup agresif menyaman siapa sahaja yang cuba cetus persepsi tidak betul atau menfitnah bagi maksud menyatakan kebenaran bagi pihak mereka,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bukit Bintang di sini hari ini.

image is not available

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Asyraf turut menyatakan Ibu Pejabat UMNO akan melaksanakan segera cadangan yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Bukit Bintang, dengan tindakan saman akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menabur fitnah terhadap pemimpin parti.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohammad Arif Nizam)