UMNO terima hampir 14,000 ahli baharu, Johor paling tinggi- Asyraf Wajdi

LocalPolitics
2 May 2026 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR - Hampir 14,000 keahlian baharu diterima UMNO sejak pendaftaran secara dalam talian dibuka sejak 20 April lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga jam 8 pagi Sabtu, seramai 13,954 individu telah mendaftar dengan Pemuda UMNO mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 8,233 orang.

"Pendataran bagi Puteri seramai 1,260 diikuti Wanita 1,260 dengan negeri Johor merekodkan penyertaan paling ramai, seterusnya Pahang dan Perak.

“Trend ini menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan membuktikan pendekatan mempermudah proses keahlian yang diperkenalkan parti berjaya menarik minat khususnya golongan muda,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sambutan ulang tahun ke-80 UMNO bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya membawa makna besar dalam menentukan hala tuju parti untuk dekad mendatang.

Ujarnya, UMNO tidak pernah bersifat eksklusif atau terpisah daripada rakyat.

"Sejak penubuhannya, parti ini sentiasa bergerak seiring denyut nadi masyarakat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved