Umpan Guna Gula-Gula, Pemuda Ini Berjaya Ditangkap Rupanya Sudah Cabul 35 Kanak-Kanak Lelaki

9 Oct 2023 • 10:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemuda itu juga turut memaksa mangsa untuk lihat konten dewasa

Umpan Guna Gula-Gula, Pemuda Ini Berjaya Ditangkap Rupanya Sudah Cabul 35 Kanak-Kanak Lelaki. Dalam episod yang mencengkam dan mengejutkan, seorang lelaki muda yang hanya dikenali dengan huruf awal RH telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki melakukan serangan seksual terhadap 35 kanak-kanak lelaki sejak April 2023.

Menurut laporan media tempatan, RH yang masih bergelar pelajar dikatakan mula melakukan perbuatan keji ini pada bulan Ramadan 2023.

image is not available
Umpan Guna Gula-Gula, Pemuda Ini Berjaya Ditangkap Rupanya Sudah Cabul 35 Kanak-Kanak Lelaki

Pemuda mengajak mangsa untuk ke sebuah pondok

Difahamkan, kejadian malang ini bermula apabila mangsa pertama didatangi suspek ketika pulang dari masjid, selepas menunaikan solat tarawih. RH dikatakan mengajak kanak-kanak itu ke pondok dengan menyediakan umpan berupa gula-gula dan ugutan fizikal sekiranya mangsa menolak permintaannya.

Lebih memburukkan keadaan, suspek dikatakan membenarkan mangsa menonton filem tidak senonoh sebagai satu bentuk manipulasi mental. RH turut merakam aksinya menggunakan telefon bimbit.

image is not available

Difahamkan pemuda tersebut pernah menjadi mangsa penderaan seksual semasa kecil

Selepas itu, penahanan RH berjaya apabila seorang rakannya membuat laporan kepada polis selepas terdedah dengan video tidak senonoh itu. Saksi turut mengambil langkah menemui keluarga mangsa dan mendedahkan tragedi yang berlaku.

Menurut siasatan awal, RH juga pernah menjadi mangsa penderaan seksual semasa kecil.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Baca lagi artikel menarik di pautan bawah: