“Umrah Di Malam Terakhir Tahun 2023” – BCL Dan Suami Sambut Tahun Baru Di Depan Kaabah

Entertainment
2 Jan 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bcl

Penyanyi dan selebriti Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi momennya menyambut tahun baru bersama keluarga dengan menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, BCL meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci bersama suaminya, Tiko Aryawardhana, anak tunggalnya, Noah, serta ibunya.

Alhamdulillah.. Umroh di malam terakhir di tahun 2023.. Thank you 2023, its been amazing.. Happy New Year .

Dalam pada itu, beberapa foto yang memaparkan BCL dan suaminya, memakai pakaian ihram dan bergambar bersama dengan Kaabah di latar belakang. 

Difahamkan, pasangan ini telah bertolak ke Tanah Suci dengan menaiki pesawat kelas perniagaan yang juga diiringi oleh beberapa orang saudara mara.

Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga doa kalian lancar dan semua doa dimakbulkan,.

image is not available

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan BCL telah berhibur di sebuah kelab malam selepas majlis pernikahan bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7317957600492965122?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778