Umrah dibenarkan sekali sahaja pada bulan Ramadan

31 Mar 2023 • 6:10 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah menegaskan bahawa jemaah haji tidak dibenarkan mengulang umrah pada bulan Ramadan, dan mereka hanya berhak mengerjakannya sekali sahaja.

Langkah ini dibuat bagi memberi peluang kepada semua jemaah lain yang mempunyai keinginan untuk menunaikan umrah pada bulan yang mulia dan dapat menunaikan ibadah tersebut dengan mudah serta selesa.

Kementerian juga menegaskan keperluan jemaah haji mengeluarkan permit daripada aplikasi Nusuk untuk menunaikan umrah, selain pentingnya komitmen mereka pada masa yang ditetapkan.

Tambah kementerian tersebut, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah, namun jemaah boleh membatalkan temu janji melalui aplikasi Nusuk, sebelum mengeluarkan permit waktu baharu.

Kementerian turut mengesahkan bahawa aplikasi Nusuk dikemas kini secara berkala dan sekiranya jemaah tidak mendapat tarikh tempahan, mereka boleh mencari tarikh lain pada masa akan datang.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved