Viral Resipi ‘Unsalted’ Butter Bersama Kurma, Kombinasi Ini Bakal Buat Anda Ketagih!

31 Mar 2023 • 11:08 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan lupa cuba!

Viral Resipi ‘Unsalted’ Butter Bersama Kurma, Kombinasi Ini Bakal Buat Anda Ketagih!. Apabila tiba bulan Ramadan, pastinya kita tidak asing lagi dengan buah kurma kerana ia merupakan salah satu makanan Sunnah Nabi Muhammad pada bulan ini. Selain itu, kurma juga menjadi hidangan untuk sahur dan berbuka puasa.

Tetapi pernahkah anda mencuba kurma dengan mentega? Tip ini sesuai untuk mereka yang sukar memakan kurma atas sebab tertentu.

image is not available
Viral Resipi ‘Unsalted’ Butter Bersama Kurma, Kombinasi Ini Bakal Buat Anda Ketagih!. Kredit: Elle Izani Ellanie

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami akan perkenalkan cara untuk makan buah kurma dengan cara berbeza. Perkongsian Elle Izani Ellanie ini tular dan mendapat perhatian apabila ramai ingin mencuba cara yang sama.

Caranya cukup mudah, ambil sebiji kurma, buang biji dan letakkan mentega di tengahnya.

image is not available

Duk lalu lalang kat Facebook pasal makan kurma dengan butter ni. Katanya untuk orang yang tak berapa makan kurma boleh la try. Jadi sahur semalam try la sebiji. Sedap‼️(Anchor Salted Butter)

Berbuka tadi, makan lagi sebiji. Eh macam ketagih la pulak, hahaha. Pun Sedap‼️ Rasa lemak-lemak gitu. Kalau dapat letak Salted Almond Roasted lagi kaw kot rasa. Crunchy2 pulak kan. (Emborg Unsalted).

image is not available

Jadi, (Anchor Salted Butter) lagi sedap. Sebab ada gabungan lemak-lemak masin manis gitu. Mungkin nanti boleh cuba dengan pure butter-butter lain pula. Tapi make sure pure butter. Buttercup, marjerin tu jangan la lain pulak rasa dia.

Jadi, selamat mencuba dan menikmati! Semoga perkongsian kurma+butter ini bermanfaat buat yang inginkan kelainan rasa pada buah kurma dan yang tidak menggemari kurma. Banyak khasiat buah kurma ni tau. Rugi kalau tak makan.

Baca lagi artikel menarik: