‘Umrah, travel sana sini tapi hutang even RM1K pun tak settle’ – Lelaki tuntut influencer wanita & keluarga bayar hutang RM130K

2 Jan 2024 • 2:05 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Nama pempengaruh terkenal Farah Lee menjadi sebutan apabila seorang individu mendakwa keluarga Farah Lee mempunyai hutang tertunggak dengan bapa individu berkenaan.

Inidvidu berkenaan mendakwa bapa kepada Farah Lee telah berhutang sebanyak RM130,000. Hutang tersebut dikatakan belum diselesaikan sehingga kini walaupun bapa kepada Farah Lee telah meninggal dunia.

image is not available

Namun begitu, hutang yang dipinjam pada tahun 2,000 disertakan dengan dokumen hitam putih dikatakan sudah hilang dan difahamkan keluarga Farah mengetahui hal tersebut.

“Pinjam duit tu based on trust. Not as guarantor. Pinjam untuk modal kerja kontrak masa arwah kontraktor dulu. Janji nak bayar lepas settle kontrak tapi dah almost 20 tahun.

“Umrah, travel sana sini, renovate rumah mak boleh tapi hutang even 1k pun tak settle. Kalau ada bunga tu dah berjuta kena bayar. Tolonglah settle cepat kang kalau ayah saya dah takde, lagi susah,” katanya.

Menurut lelaki ini, ini sahaja cara yang dilakukan untuk meminta kembali hutang yang dibuat oleh keluarga Farah walaupun dia sedar akan berdepan dengan tindakan undang-undang jika nama pempengaruh berkenaan ditularkan.

Kata lelaki ini lagi, dia sudah menghantar mesej kepada Farah melalui Instagram, namun dia mendapati mesejnya telah dipadamkan.

image is not available

image is not available

image is not available

Menerusi Instagram Farah pempengaruh berkenaan kini berada di Mekah menjalani ibadah umrah.

Sumber: izyan