Panas! Nama pempengaruh Farah Lee dan adik beradiknya hangat diperkatakan berkait dengan isu hutang.
Menerusi satu pendedahan di platform X, seorang individu mendakwa Farah Lee dan adik beradiknya liat membayar hutang RM130,000 yang dibuat arwah bapa mereka.
Dakwa individu itu, hutang tersebut dibuat bapa Farah Lee ketika masih hidup dengan bapanya pada awal 2000. Kiranya dah 20 tahun berlalu.

Individu ini mengaku silap ayahnya apabila pinjaman dibuat tanpa dokumen hutang putih. Tetapi dakwanya, pihak keluarga arwah tahu mengenai hutang itu.

Individu dikenali sebagai Izyan ini turut sedar risiko yang perlu ditanggung kerana telah mendedahkan nama Farah Lee secara terang-terangan.
Namun, dia mendakwa itu adalah jalan terakhir yang terpaksa diambilnya.

Dia juga enggan memadam posting yang dibuat sehingga waris si mati datang berjumpa dengan bapanya untuk menyelesaikan isu ini.
Semoga ada jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini.
Kredit: X Sunwoobest_boy

