
Kota Kinabalu: Tiga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal beraksi pada Sukan Universiti Dunia (WUG) menerima insentif RM1,500 setiap seorang daripada pihak universiti pada Isnin.
Ketiga-tiga mereka yang layak ke temasya dwitahunan yang akan diadakan di Rhine-Ruhr, Jerman bermula 18 Julai ini ialah Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial); Farrel Glenn Felix Jurus (Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan) dan Hizilawanty Jamain (Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan.
Majlis penyerahan insentif itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor di Bangunan Canselori UMS di sini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah Pusat Sukan Ahmadi Nurdin dan Dekan Pusat Ilmu dan Bahasa UMS, Prof Dr Ismail Ali.
Dr. Kasim berkata, insentif itu sebagai bentuk sokongan universiti kepada atlet yang berjaya ke peringkat antarabangsa, selain sebagai pembakar semangat kepada atlet lain di kampus tersebut.
“Kejohanan yang akan berlangsung selama 12 hari itu bakal menghimpunkan atlet universiti dari seluruh dunia untuk mempamerkan potensi mereka di persada global.
“Kami berharap mereka bukan sahaja membawa pulang pengalaman berharga, malah membawa kegemilangan kepada negara dan universiti,” katanya.

