UMT sambut baik pemansuhan AUKU

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 3:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UMT sambut baik pemansuhan AUKU

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyambut baik cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMT, Prof. Dr. Suriyani Muhamad berkata, penggubalan semula AUKU menerusi kerangka perundangan pendidikan tinggi lebih sesuai amat ideal dengan keperluan dan aspirasi pendidikan tinggi semasa.

Beliau yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMT berkata, langkah tersebut penting bagi memperkukuh lagi reformasi tadbir urus pendidikan tinggi negara.

“Pembaharuan kerangka perundangan ini juga selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (2026-2035) yang menekankan transformasi, kecemerlangan, daya tahan serta pengukuhan ekosistem pendidikan tinggi negara.

“UMT melihat pembaharuan ini sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh memastikan institusi pendidikan tinggi terus relevan, berdaya saing dan responsif terhadap perubahan serta tuntutan masa hadapan,” katanya di sini hari ini.

Anwar semalam mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini.

Suriyani berkata, kerangka baharu perundangan pendidikan tinggi kelak perlulah fokus dalam peningkatan autonomi institusi, akauntabiliti universiti awam serta pembangunan ekosistem akademik yang lebih terbuka, dinamik, inovatif dan berdaya tahan.

Beliau berkata, UMT berharap kerangka perundangan baharu tersebut dapat memberikan jaminan yang lebih jelas terhadap kebebasan akademik serta ruang yang wajar kepada warga universiti untuk berfikir, bersuara, berkarya dan menjalankan penyelidikan. – KOSMO! ONLINE

The post UMT sambut baik pemansuhan AUKU appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved