Umum Tarikh Tayangan, Jang Dongyoon & Nana Kembali Dengan ‘My Man Is Cupid’ Disember Ini

EntertainmentMovie
14 Nov 2023 • 1:52 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Akhirnya, “My Man Is Cupid” dah nak ditayangkan tak lama lagi!

Terbaru pada 14 November, Prime Video telah mengeluarkan video trailer bagi “My Man Is Cupid” sekaligus mengumumkan tarikh tayangan bagi drama itu iaitu pada 1 Disember 2023.

Drama “My Man Is Cupid” merupakan drama romantik komedi yang mengisahkan tentang seorang pari-pari yang jatuh cinta dengan seorang wanita yang baru sahaja kehilangan kekasih.

Dalam masa yang sama, watak utama bagi drama ini telah dilakonkan oleh pelakon terkenal, Jang Dong-yoon dan juga ahli kumpulan AFTER SCHOOL iaitu Nana.

Drama yang ditulis oleh penulis Heo Sung-hee ini telah mendapat perhatian ramai selepas mengumumkan penggambaran mereka pada Januari yang lalu. Malah, rata-rata peminat juga sudah tidak sabar untuk menonton drama ini.

Jadi, korang dah sedia ke belum nak lihat Jang Dong-yoon jadi pari-pari?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.