“Saya Pun Pernah Hadap” – Faizal Hussein Anggap Isu Badan Berbau Tak Perlu Diperbesar

EntertainmentLifestyle
29 Jul 2025 • 4:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia faizal hussein walid

Baru-baru ini tular luahan seorang pelakon wanita mengenai bau badan rakan sekerja ketika shooting. Bau badan membuatkan Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas!

Menjawab kepada isu itu, pelakon popular Faizal Hussein berpendapat, ianya tidak perlu dijadikan isu besar apatah lagi dikongsi kepada umum.

Memetik laporan Kosmo!, Faizal mengakui sudah banyak kali melalui situasi sama sepanjang kerjayanya namun memilih untuk bersikap profesional.

“Hadap dan hadam je”

image is not available

Menurut pelakon ini lagi, isu bau badan bukan satu dosa besar dan tidak sepatutnya dijadikan bahan perbualan umum.

Benda tu saya simpan sendiri. Saya jenis orang, kalau saya tak suka seseorang, orang itu takkan tahu. Hadap dan hadam sahaja. Mungkin sebab itu juga bayaran saya mahal.

Baginya, bau badan adalah normal dan memberi contoh apabila pergi solat Jumaat atau bau mulut ketika berpuasa.

“Tak semua perkara kena beritahu satu dunia”

image is not available

Faizal menyeru semua pihak agar lebih matang dan menyimpan rasa tidak selesa itu untuk diri sendiri.

Beliau turut menyelar sikap segelintir artis yang membesar-besarkan perkara remeh semata-mata untuk mencari publisiti.

Beliau menasihati para pelakon supaya menjaga imej dengan baik jika mahu bertahan lama dalam industri.

Pssttt! Kalau berbau sampai buat orang lain tak selesa tak boleh juga kan? Pandai-pandai la jaga kebersihan diri.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.