Umur 4 tahun mula belajar Matematik, anak kembar Dr Sheikh Muszaphar rangkul pingat antarabangsa. 'Kuasai silibus 4 & 5 tahun lebih awal'

Family & Parenting
12 May 2026 • 1:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Umur 4 tahun mula belajar Matematik, anak kembar Dr Sheikh Muszaphar rangkul pingat antarabangsa. 'Kuasai silibus 4 & 5 tahun lebih awal'

RAMAI yang kagum dengan kegigihan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha dalam mendidik cahaya matanya sejak dari bayi.

Baru-baru ini, anak kembar lelakinya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang berusia sembilan tahun mencuri perhatian selepas pencapaian luar biasa mereka dalam bidang Matematik apabila masing-masing menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, Singapore And Asian Schools Maths Olympiads (SASMO) 2026.

Dalam hantaran yang sama, bapa kepada tujuh cahaya mata itu juga berkongsi kejayaan Adam yang berjaya meraih Kumon Award daripada Kumon selepas berada lima tahun ke hadapan daripada tahap pembelajarannya dalam Matematik.

Image from: Umur 4 tahun mula belajar Matematik, anak kembar Dr Sheikh Muszaphar rangkul pingat antarabangsa. 'Kuasai silibus 4 & 5 tahun lebih awal'

Manakala kembarnya, Noah turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berada empat tahun ke hadapan.

"Kedua-duanya mereka memulakan Kumon pada usia empat tahun sama seperti semua anak yang lain.

"Kini Adam kini menguasai sukatan lima tahun ke hadapan dan Noah pula empat tahun ke hadapan. Kedua-duanya sangat menyukai Matematik," titipnya.

Image from: Umur 4 tahun mula belajar Matematik, anak kembar Dr Sheikh Muszaphar rangkul pingat antarabangsa. 'Kuasai silibus 4 & 5 tahun lebih awal'

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi tip memupuk minat kepada mata pelajaran yang sukar dikuasai itu.

 “Galakkan anak anda membuat Matematik setiap hari. 20 minit sehari sudah cukup memberi kesan besar," kongsinya.

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan minat Adam kepada Matematik khususnya tajuk  algebra. Anak ketiganya itu juga pernah bertindak menggeledah bilik kakak sulung, Bella untuk mencari buku algebra.