“Umur Awak Tua, Tapi Dalaman Sihat” – Suami Puji Bonda Rozita Tetap ‘Power’

23 May 2025 • 11:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Suami bonda rozita ibrahim

Usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila suaminya sendiri, Aidiamin Ahmad membuat pendedahan berani mengenai tenaga dalaman isterinya yang dikatakan luar biasa!

Menurut laporan mStar, Aidiamin memuji gaya hidup sihat diamalkan Rozita yang menurutnya telah membantu mengekalkan tahap kesihatan dalaman yang cemerlang.

Umur awak tua, tapi dalaman awak sihat. Tenaga dimiliki juga bagus. Awak mampu berjoging selama dua jam.

“Awak tak sesuai dengan lelaki tak sihat” – Aidiamin

image is not available

Bukan itu sahaja, Aidiamin turut menyatakan bahawa Rozita hanya sesuai bersama lelaki yang sihat dan bertenaga.

Kesihatan awak sangat bagus, macam tak sesuai dengan umur awak.

Kalau awak cari jodoh, awak tak sesuai dengan lelaki yang tak sihat. Tak kisah muda mana pun, kalau tak sihat, tak guna.

Kenyataan ini membuatkan netizen terhibur dan terkejut kerana disampaikan secara terbuka dan bersahaja dalam siaran langsung.

Rozita Ibrahim dan Aidiamin sah sebagai suami Isteri

image is not available

Untuk info, Rozita mengesahkan perkahwinannya bersama Aidiamin pada 16 Mac lalu selepas kemunculan seorang lelaki berkumis tebal di belakangnya ketika mempromosikan produk dalam bilik hotel menjadi viral.

Pasangan ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen namun ramai memuji keserasian mereka yang jelas terpancar.

Pssttt! Umur hanyalah angka. Jaga gaya hidup, amalkan pemakanan seimbang dan kekal aktif. Macam Bonda Rozita, dah 61 pun masih ‘power’!

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.