Umur bersara sepatutnya diturunkan, beri peluang graduan baharu bekerja – Exco Terengganu

LocalPolitics
22 May 2025 • 10:37 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Dr Azman Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun.

Menurut laporan Harakah Daily, Azman berpendapat umur persaraan sepatutnya diturunkan kepada 55 atau 58 tahun sahaja untuk memberi laluan kepada graduan baharu mendapatkan pekerjaan.

Umur bersara

image is not available

“Graduan baharu ramai yang sedang menunggu peluang pekerjaan. Sudah tiba masanya mereka pula diberi ruang untuk berbakti,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu berkata kaedah melanjutkan kontrak boleh digunakan sekiranya majikan masih memerlukan khidmat seseorang dalam kepakaran khusus.

Namun, pekerjaan seperti kerani dan guru tidak sesuai dilanjutkan hingga usia 65 tahun atas faktor keupayaan fizikal dan situasi kerja yang berbeza,

“Nak minta kerani berkhidmat sampai umur 65 tahun, saya bimbang ada yang sudah kelabu mata tengok ‘keyboard’ komputer. Cikgu pun kasihan juga, sekolah empat tingkat tak ada lif, larat ke nak naik turun tangga?” ujarnya.

Terdahulu, Datuk Seri Azalina Othman Said menyuarakan pandangan peribadi agar had usia persaraan di Malaysia dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun, memandangkan ramai yang berumur 60 tahun ke atas masih aktif bekerja dan kelihatan muda.

Umur bersara

image is not available