“Umur Bukan Penghalang!” – Warga Emas Berjaya Raih Skrol & Tamatkan ‘Degree’ Di Umur 77 Tahun Jadi Inspirasi Netizen

LocalTechnology
11 Sep 2024 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang warga emas berumur 77 tahun telah meraih perhatian di platform TikTok selepas dirinya berjaya menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara kali ke-99.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh uitm_channel, warga emas yang bernama Zulkifly Abdullah tersenyum lebar sewaktu mengambil skrol di atas kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sewaktu Zulkifly menerima skrol tersebut, dia telah menerima tepukan yang gemuruh daripada hadirin yang ada di dewan tersebut.

Meninjau di ruagan komen hantaran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Zulkifly yang berjaya menamatkan pengajian Degree di usia 77 tahun.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Bahkan, ramai juga yang menganggap ia sebagai satu inspirasi untuk terus belajar biarpun usia sudah meningkat kerana umur bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu.

image is not available 24 hours ago

Kali Terakhir Berhubung Tahun 2020, Anak Terkejut Jumpa Bapa Hanya Tinggal Rangka Di Rumah