“Umur Saya Lebih 40 Tahun, Risiko Jika Hamil” – BCL Enggan Timang Cahaya Mata Baru Bersama Tiko Aryawardhana

Entertainment
31 Jan 2024 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tahun lalu, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari telah pun berkahwin untuk kali kedua bersama Tiko Aryawardhana selepas kematian suami, Ashraf Sinclair empat tahun lalu.

Tak rancang ada cahaya mata bersama

Biarpun sudah berkahwin, Bunga atau mesra dikenali sebagai BCL sama sekali tidak merancang untuk miliki cahaya mata bersama suami baru.

Ia susulan penyanyi terbabit enggan mengambil risiko hamil di usia sudah menjangkau 40-an serta merasakan tidak sesuai untuk miliki cahaya mata di umur sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Usia 35 hingga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil.

Tiko buka hati Bunga terima orang baru

Dalam pada masa yang sama, penyanyi terbabit berkata selepas kehilangan suami tercinta, Ashraf pada tahun 2020, dia sama sekali tidak terfikir mampu untuk mencintai lelaki lain.

Tetapi, suaminya kini iaitu Tiko berjaya membuka hati Bunga dan pilih untuk jalani hidup baru.

Sekadar info, BCL dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Bali, Indonesia.

image is not available 3 weeks ago

"Sedang Sesuaikan Diri.." - Masih Kekok Digelar Ayah Tiri, Ternyata Noah Sinclair Belum Akrab Dengan Suami BCL